Liga Super: Tiada tanda penguasaan mampu digugat

LocalFootball
31 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Liga Super: Tiada tanda penguasaan mampu digugat

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memberikan isyarat kepada pencabar Liga Super apabila meledak 19 gol tanpa bolos dalam tiga perlawanan, sekali gus membuktikan skuad Harimau Selatan semakin sukar untuk digugat.

Skuad Harimau Selatan itu bukan sahaja memiliki ketajaman pada jentera serangan, malah benteng pertahanan mereka turut mempamerkan keampuhan luar biasa apabila tidak membenarkan sebarang jaringan menerjah gawang mereka selepas tiga aksi.

Jurulatih JDT, Xisco Munoz berkata, persembahan ditampilkan anak buahnya ketika membelasah Star City FC 7-0 kelmarin, terutama pada babak pertama merupakan gambaran sebenar corak permainan yang mahu diterapkan musim ini.

Menurutnya, kemampuan pemain mengawal perlawanan selain menghasilkan lima gol dalam tempoh 45 minit pertama menunjukkan JDT berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran ditetapkan.

“Pada separuh masa pertama, pemain memberikan persembahan yang sangat cemerlang dan itu adalah corak permainan sebenar yang kami mahu tampilkan.

“Kami mengawal perlawanan sepenuhnya dan mencipta beberapa situasi penting. Pada babak kedua, aksi kedua-dua pasukan tampak lebih seimbang, namun paling penting pemain berjaya memastikan gawang tidak dibolosi.

“Ada beberapa aspek yang masih boleh kami perbaiki, namun secara keseluruhannya kami berada di landasan yang betul,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu, penyerang berbisa JDT, Bergson Da Silva tampil sebagai watak utama apabila meledak hatrik bagi membantu pasukan membelasah Star City 7-0.

The post Liga Super: Tiada tanda penguasaan mampu digugat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved