“Berhenti Panggil Saya Bekas Laki Erra Fazira” – Engku Emran

EntertainmentLifestyle
19 Dec 2025 • 11:04 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli perniagaan sensasi, Engku Emran, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila meminta orang ramai berhenti memanggilnya sebagai bekas suami kepada Erra Fazira.

Menerusi satu hantaran di InstaStory, Emran atau nama lengkapnya Engku Emran Engku Zainal Abidin, 50, memohon agar gelaran tersebut dihentikan dan mencadangkan agar dirinya dikenali sebagai bapa kepada Aleesya.

Advertisement
View this post on Instagram

Orang patut berhenti memanggil saya sebagai bekas laki Erra. Panggil saya bapak Aleesya kan boleh.

Dalam perkongsian sama, Emran turut berseloroh dengan menyamakan wajahnya dengan pelakon terkenal Hollywood, Pedro Pascal.

image is not available
image is not available

“Tak ke rasa Engku Emran bekas laki Erra ni sebiji Pedro Pascal versi Muslim?,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Emran menarik perhatian ramai selepas berkongsi foto bersama anaknya Engku Aleesya, bekas isterinya Erra Fazira, serta suami baharu aktres itu, Ezwan Zain, ketika menghantar Aleesya di lapangan terbang.

image is not available

Menurut Emran, pertemuan itu merupakan kali pertama dia bertemu dengan bapa tiri Aleesya dan dia mengalu-alukan kehadiran lelaki tersebut ke dalam keluarga mereka dengan penuh keterbukaan.

Untuk rekod, Engku Emran dan Erra Fazira pernah mendirikan rumah tangga pada 2007, namun berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-19 10:52:57

Pereka Fesyen Hatta Dolmat Ada 'Pesanan' Buat Uqasha Senrose Di Tengah Konflik Perceraian

The post “Berhenti Panggil Saya Bekas Laki Erra Fazira” – Engku Emran first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.