Berita Baik, PM Umum Bonus Penjawat Awam Di Semua Negeri Tak Perlu Dikenakan Cukai

20 Jan 2023 • 5:56 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Idea pengecualian cukai penjawat awam ini dicadangkan oleh Premier Sarawak.

Berita Baik, PM Umum Bonus Penjawat Awam Di Semua Negeri Tak Perlu Dikenakan Cukai. Dilaporkan pada hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan berita baik buat kekitangan awam di seluruh Malaysia.

PM mengumumkan berita baik ini setelah membuat pertimbangan bahawa bonus penjawat awam adalah tidak tinggi dan tidak wajar untuk dikenakan cukai.

image is not available
Berita Baik, PM Umum Bonus Penjawat Awam Di Semua Negeri Tak Perlu Dikenakan Cukai

Berita baik ini diumumkan pada hari ini

Beliau mengemukakan berita baik tersebut pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kuching pada hari ini.

Jelas beliaum bonus akan dikecualikan daripada cukai dan ini terpakai kepada semua penjawat awam di seleuruh negeri.

image is not available

Cadangan pengecualian cukai ini diusulkan oleh Premier Sarawak

Pada awalnya, cadangan pengecualian cukai ini diusulkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam pertemuan kedua-dua pemimpin ini semalam.

Walaupun cadangan tersebut diusul oleh Premier Sarawak, namun PM mahu keputusan itu untuk semua penjawat awam di Malaysia.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: