Berkaki Ayam Sambil Menguap, Taj Izrin Menang Emas Di Sukan Asia

GamingSports
24 Sep 2026 • 3:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Siapa sangka aksi bersahaja berkaki ayam sambil sempat menguap di kerusi simulator akhirnya bertukar menjadi detik bersejarah buat Malaysia.

Itulah yang berlaku kepada Taj Izrin Aiman Taj Madira apabila gaya santainya ketika bertanding mencuri perhatian netizen sebelum dia menutup saingan dengan pingat emas Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Nampak santai, tapi menang emas

Image from: Berkaki Ayam Sambil Menguap, Taj Izrin Menang Emas Di Sukan Asia

Gelagat atlet berusia 27 tahun itu mula tular selepas seorang pengguna Threads berkongsi reaksi isterinya yang pelik melihat Taj Izrin bertanding tanpa kasut dan kelihatan mengantuk.

Pagi tadi bini aku tengok Sukan Asia Aichi-Nagoya. Sampai dia cerita dekat aku yang kata pemain Malaysia ini macam pelik sikit.

Dengan kaki ayam tak pakai kasut dia, dengan muka menguap dia. Entah apa-apa weh.- Tulisnya.

Namun gaya santai itu langsung tidak menggambarkan apa yang bakal berlaku selepas itu. Taj Izrin akhirnya muncul atlet e-sukan pertama Malaysia memenangi pingat emas Sukan Asia selepas mengungguli acara Gran Turismo 7 di Aichi Sky Expo, Jepun.

Beliau mengumpul 36 mata keseluruhan hasil tiga perlumbaan, termasuk dua kali menamatkan saingan di tempat kedua sebelum perlumbaan terakhir.

Tenang sampai perlumbaan terakhir

Image from: Berkaki Ayam Sambil Menguap, Taj Izrin Menang Emas Di Sukan Asia

Selepas terikat 16 mata bersama wakil Jepun, Ryota Kokubun, Taj Izrin perlu memberikan aksi terbaik dalam perlumbaan penentuan.

Dalam saingan 17 pusingan itu, dia berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan kelebihan lebih empat saat berbanding pencabar terdekat.

Kemenangan tersebut memberikannya 20 mata penuh sekali gus memastikan emas menjadi milik Malaysia.

Naif Al Faleh dari Arab Saudi meraih perak manakala Kim Young Chan dari Korea Selatan membawa pulang gangsa dengan masing-masing mengumpul 25 mata.

Penyokong Malaysia teruja lihat aksi bersahaja Taj Izrin

Image from: Berkaki Ayam Sambil Menguap, Taj Izrin Menang Emas Di Sukan Asia

Selepas kemenangan itu, pengguna Threads sama turut tampil dengan reaksi yang lebih teruja.

Nohhh. Emas terus mamat ini weh! Hahahahaha! Apa saka dia bawa sampai ke Jepun.- Selorohnya.

Kejayaan Taj Izrin turut mengatasi pencapaian terbaik e-sukan negara sebelum ini yang meraih pingat perak dan gangsa pada edisi Hangzhou 2022.

Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) kemudian mengumumkan ganjaran tambahan sebanyak RM20,000 sebagai penghargaan atas kejayaan tersebut.

The post Berkaki Ayam Sambil Menguap, Taj Izrin Menang Emas Di Sukan Asia appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved