Sukan Asia 2026: Thailand & Malaysia Top 10 Kutipan Pingat Semasa, Indonesia Masih Mencari Emas Pertama

24 Sep 2026 • 2:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sukan Asia 2026: Thailand & Malaysia Top 10 Kutipan Pingat Semasa, Indonesia Masih Mencari Emas Pertama

Persaingan negara Asia Tenggara dalam temasya Sukan Asia Aicho-Nagoya 2026 yang sedang berlangsung ketika ini sentiasa menjadi antara topik hangat dibahaskan di media sosial.

Perbincangan menjadi semakin rancak apabila melihat kepada kedudukan semasa kutipan pingat setakat enam hari temasya berjalan.

Dua buah negara di rantau ini, iaitu Thailand dan Malaysia menjadi tumpuan apabila berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas setelah beberapa acara dipertandingkan.

Malaysia, Thailand Duduki 10 Teratas

Thailand yang sekian lama diketahui sebagai kuasa besar sukan Asia Tenggara berada di tangga keenam, selepas berjaya mengumpul lima pingat emas, tiga perak dan enam gangsa menerusi beberapa acara antaranya seni bela diri campuran, berkuda dan badminton.

Manakala Malaysia, muncul negara Asia Tenggara dengan prestasi kedua terbaik apabila berada di tangga kelapan dengan tiga pingat emas, satu perak dan lima gangsa.

Pingat-pingat tersebut hadir menerusi acara karate, wushu dan yang paling tidak disangka-sangka adalah pingat emas pertama Suka Asia yang disumbangkan menerusi acara e-sukan.

Singapura pula berada di kedudukan ke-17 dengan satu pingat emas, tiga perak dan dua gangsa; diikuti Vietnam di tangga ke-18 (1 emas, 1 perak & 10 gangsa) dan Myanmar di kedudukan ke-19 (1 emas, 1 perak & 1 gangsa).

Sementara itu, Indonesia yang sering menghasilkan atlet berkelas dunia dan berprestasi juara, khususnya menerusi beberapa acara sukan seperti badminton dan angkat berat masih belum mengumpul sebarang pingat emas setakat ini.

Dalam kedudukan kutipan pingat semasa, Indonesia berada di tangga ke-21 dengan dua pingat perak dan 15 pingat gangsa. Filipina berada di tangga ke-24, Kemboja (30) dan Brunei (33).

Secara ringkasnya, keempat-empat negara berkenaan masih belum meraih sebarang pingat emas setakat kedudukan terkini.

Baca juga:
Image from: Sukan Asia 2026: Thailand & Malaysia Top 10 Kutipan Pingat Semasa, Indonesia Masih Mencari Emas Pertama
Kredit: Laman Rasmi Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved