Sukan Asia: Kabel simulator putus tak halang Taj Izrin tuai emas

GamingSports
25 Sep 2026 • 12:21 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sukan Asia: Kabel simulator putus tak halang Taj Izrin tuai emas

Image from: Sukan Asia: Kabel simulator putus tak halang Taj Izrin tuai emas

KUALA LUMPUR – Berdepan masalah kabel simulator terputus pada saat-saat akhir serta cabaran kesihatan tidak sedikit pun mematahkan semangat jaguh e-Sukan negara, Taj Izrin Aiman Taj Madira, untuk melakar sejarah menggenggam pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Mengimbau detik cemas di Jepun sebelum saingan separuh akhir bermula, atlet berusia 27 tahun itu mendedahkan kabel pedal brek simulator miliknya terputus sejurus tiba di negara matahari terbit itu.

Situasi getir tersebut memaksa jurulatihnya yang juga bekas pemandu Formula Satu (F1) negara, Alex Yoong, mencari alat ganti di Jepun demi memastikan persiapannya tidak terjejas.

“Masa nak pasang simulator, wayar brek dan minyak terputus. Saya sangat berterima kasih kepada jurulatih (Alex Yoong) kerana waktu tengah malam itu dia minta saya berehat, manakala dia bergegas menaiki teksi mencari komponen tersebut.

“Alhamdulillah, kami berjaya menemui komponen gantian dan saya sempat berlatih pada saat-saat akhir.

“Walaupun penat membawa kelengkapan simulator dari Malaysia dan diuji dengan macam-macam, kejayaan membawa pulang emas ini adalah satu kejayaan paling manis buat kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Sementara itu, Alex berkata, persiapan mereka dua minggu sebelum Sukan Asia pada awalnya berjalan lancar, namun anak didiknya, Taj, tidak sihat sehingga terpaksa berehat untuk menjalani latihan.

“Dia (Taj) sakit dan terpaksa terlepas latihan selama empat hari. Itu bukan sesuatu yang baik. Kemudian kami berdepan masalah simulator apabila kabel itu rosak.

“Kami tidak tidur malam itu kerana cuba mencari kabel berkenaan. Namun, akhirnya semuanya berjaya diselesaikan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

The post Sukan Asia: Kabel simulator putus tak halang Taj Izrin tuai emas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved