BERKAT Deepavali: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM30,000

LocalBusiness & Finance
7 Oct 2026 • 10:57 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi TEKUN Nasional menyediakan Skim Biaya Festival Perniagaan Rakyat (BERKAT) Deepavali yang menyediakan pembiayaan sehingga RM30,000 dan permohonan boleh dibuat menerusi pautan tekunonline.tekun.gov.my.

Berikut adalah maklumat dan info lanjut mengenai pembiayaan ini.

Mengenai BERKAT Deepavali

BERKAT Deepavali merupakan pembiayaan yang diwujudkan bagi membantu usahawan masyarakat India membuat persediaan perniagaan menjelang sambutan Deepavali pada 8 November 2026.

Skim pembiayaan khas in akan dilaksanakan melalui TEKUN Nasional, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) khusus kepada peniaga kecil yang memerlukan modal dalam tempoh yang singkat untuk menambah stok dan membuat persediaan menjelang musim perayaan.

Sebanyak RM30 juta diperuntukkan bagi pembiayaan ini yang boleh digunakan sebagai modal pusingan tambahan, khususnya bagi peniaga dan penjaja kecil dalam sektor makanan dan minuman, pakaian serta penjualan peralatan dan kelengkapan menjelang sambutan Deepavali.

Image from: BERKAT Deepavali: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM30,000

Tarikh Permohonan

Permohonan boleh dipohon mulai 3 Oktober sehingga 8 November 2026.

Jumlah & Tempoh Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM30,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia daripada masyarakat India.
  2. Berumur 18-65 tahun.
  3. Usahawan, peniaga dan penjaja kecil.
  4. Perniagaan makanan & minuman, pakaian serta peralatan / kelengkapan berkaitan sambutan Deepavali.
  5. Usahawan TEKUN sedia ada juga layak memohon dengan syarat jumlah keseluruhan pembiayaan yang diterima tidak melebihi RM100,000.
Image from: BERKAT Deepavali: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM30,000

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi tekunonline.tekun.gov.my atau mengunjungi Pejabat Cawangan TEKUN Nasional berdekatan.

Image from: BERKAT Deepavali: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM30,000

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk pembiayaan ini adalah seperti berikut:

  • Salinan IC pemohon (dan pasangan, jika berkenaan)
  • Lesen PBT / SSM atau surat tawaran / permit Bazar Deepavali
  • Penyata bank 3 bulan terkini (akaun simpanan / akaun semasa)
  • Gambar perniagaan (menunjukkan aktiviti perniagaan)
Image from: BERKAT Deepavali: Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM30,000

Keputusan Permohonan

Pemohon yang telah membuat permohonan akan menerima keputusan permohonan dalam tempoh 5 hari.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan pembiayaan BERKAT Deepavali?

BERKAT Deepavali merupakan pembiayaan yang diwujudkan bagi membantu usahawan masyarakat India membuat persediaan perniagaan menjelang sambutan Deepavali pada 8 November 2026.

Bilakah pembiayaan ini boleh dipohon?

Pembiayaan ini boleh dipohon mulai 3 Oktober sehingga 8 November 2026.

Berapakah jumlah pembiayaan yang ditawarkan?

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM30,000 dan tempoh bayaran balik sehingga 12 bulan.

Jika saya merupakan usahawan TEKUN, adakah saya boleh memohon?

Ya. Usahawan TEKUN layak memohon dengan syarat jumlah keseluruhan pembiayaan yang diterima tidak melebihi RM100,000.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan?

Permohonan boleh dibuat menerusi tekunonline.tekun.gov.my atau mengunjungi Pejabat Cawangan TEKUN Nasional berdekatan.

Berapa lamakah saya boleh mengetahui keputusan permohonan saya?

Keputusan permohonan boleh diketahui dalam masa 5 hari.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai pembiayaan ini, sila layari laman web TEKUN Nasional iaitu https://www.tekun.gov.my.

Baca juga: DEWI : Permohonan Dana Ekonomi Usahawan Wanita 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved