Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi

7 Nov 2022 • 8:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Menikmati suasana perkhemahan dan pelbagai hidangan pencuci mulut di Healers’ Cafe, 2 in 1

Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi. Pasti ada pelanggan yang memiliki minat atau hobi untuk isi masa lapang dengan aktiviti seperti melakukan perkhemahan, bukan? Bahkan, mungkin ada yang minat untuk menghabiskan masa hujung minggu bersantai di kedai yang menyajikan aneka pencuci mulut untuk dinikmati?

Apa kata 2 aktiviti ini digabungkan menjadi satu? Tiada yang mustahil kerana konsep ini telah berjaya diketengahkan oleh Healers’ Cafe.

image is not available
Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi. Sumber gambar: FB Phoebe Lim

Konsep kafe, dirikan khemah, susun atur meja dan kerusi sememangnya membawa suasana perkhemahan tersebut dekat di hati pelanggan

Konsep berkhemah di dalam kafe ini telah dibawa oleh Healers’ Cafe di Kuching dimana pelanggan boleh menikmati hidangan sambil meluangkan masa mereka merasai suasana berkhemah di kafe ini.

image is not available
Berkhemah Dalam Kafe, Gaya Terbaru Dari Healers’ Cafe Di Kuching Yang Patut Anda Kunjungi. Sumber gambar: FB Phoebe Lim

Untuk menghasilkan suasana tersebut, kafe ini sememangnya mendirikan sebuah khemah di kafe tersebut. Bukan itu sahaja, dengan susun atur perabot, kerusi dan meja juga membawa konsep seperti perkhemahan.

Aura ketenangan turut disempurnakan dengan menyediakan pelbagai pilihan pencuci mulut dan minuman

Healers’ Cafe juga adalah sebuah kafe yang membawa aura ketenangan untuk pelanggannya dengan menyediakan pelbagai hidangan pencuci mulut seperti kek dan beberapa pilihan minuman yang berasaskan teh dan kopi.

image is not available
Sumber gambar: FB Healers’ Cafe

Menurut paparan di page Facebook mereka, “stressed is desserts spelled backwards”. Jadi, kiranya mereka ingin pelanggan menjadikan kafe mereka sebagai pilihan yang menyenangkan untuk para pelanggan.

Jadi, untuk orang Kuching, lepas ini boleh jadikan kafe ini satu tempat untuk dikunjungi di hujung minggu bersama dengan yang tersayang.

Di Kuching sememangnya banyak pilihan kafe yang estetik yang boleh dikunjungi seperti: