Bermaaf-maafan di dasar laut, aksi Erra Fazira undang perhatian

EntertainmentLifestyle
27 Mar 2026 • 10:00 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Aksi bermaaf-maafan di dasar laut oleh primadona filem Melayu, Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, pasangan itu dilihat lengkap berpakaian raya sambil menyelam di dasar laut sebelum saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda memohon kemaafan sempena Aidilfitri.

Difahamkan, mereka ketika itu berada di Pulau Tenggol bagi menjalani aktiviti menyelam.

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian netizen yang rata-rata menyifatkan aksi bermaaf-maafan di dalam air sebagai sesuatu yang unik dan jarang dilakukan.

“Bermaafan dalam air lah kak Erra, ‘rare’,” komen seorang pengguna media sosial.

Selain itu, ramai juga memuji kemesraan pasangan berkenaan yang dilihat romantik dan mencuit hati.

“Manis sangat… tidak boleh bernafas. Kenapa comel sangat ni,” ujar seorang lagi pengguna.

Untuk rekod, Erra dan Ezwan disatukan sebagai suami isteri pada 12 Disember lalu, sekali gus menjadikan sambutan Aidilfitri tahun ini sebagai Syawal pertama mereka bersama. – MYBERITA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved