Bermula Dengan Gurauan, Sharifah Shahirah Dipanggil Uji Bakat Ganti DJ 3 Pagi Era

EntertainmentLifestyle
14 Mar 2025 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Sharifah Shahirah mendapat peluang untuk kembali bersiaran sebagai DJ di stesen radio Era FM.

Menurut Mstar, Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera berkata, pihak stesen radio tersebut sudahpun menghubunginya dan meminta dia menghadiri sesi uji bakat dan memulakan siaran percubaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Walau bagaimanapun, pelakon itu masih belum memberikan sebarang kata putus dan menurutnya, sebarang kemungkinan boleh berlaku pada Isnin depan.

Mereka ada hubungi saya untuk datang uji bakat dan cuba bersiaran. Kita tunggu sajalah Isnin nanti.

 

Saya pun masih berfikir-fikir lagi.

image is not available

image is not available

Sebelum ini, Shiera telah meninggalkan komen menawarkan diri menggantikan tempat tiga penyampai segmen 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin Amir Affendy yang kini direhatkan.

image is not available

Komen tersebut bukan sahaja mendapat perhatian Era FM, malah para peminat juga meluahkan rasa teruja untuk dia kembali bertugas selepas menamatkan perkhidmatan dengan stesen Suria FM pada 15 Februari yang lalu.

image is not available 1 day ago

Sharifah Shahira Tawar Diri Kendali 3 Pagi Era Secara Percuma - "Kita Dah Berhenti Kerja Ni, Kita Tolong Jap"