Sharifah Shahirah bakal mulakan tugas sebagai penyampai radio Era FM Isnin depan

EntertainmentLifestyle
14 Mar 2025 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Sharifah Shahirah bakal mulakan tugas

Pelakon Sharifah Shahirah bakal mulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Era FM bermula Isnin depan.

Perkara tersebut disahkan menerusi akaun Instagram Era yang memberitahu Shahirah atau lebih mesra disapa Kak Rara akan bergandingan dengan Haziq Hussni dan Namie.

Sharifah Shahirah bakal mulakan tugas

Instagram will load in the frontend.

Mereka akan menggantikan penyampai 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin yang kini direhatkan buat sementara waktu.

“Dah sah ya semua! Shiera akan ke Udara dengan Haziq dan Namie bermula Isnin ini.

“Sebutan legit betul, nombor telefon dah hafal, bos pun dah luluskan.

“Fasal bayaran nanti kita bincang dengan bos, Shiera kata nak guna panggilan Deejay Rare nanti,” kata pengendali akaun berkenaan.

Sharifah Shahirah bakal mulakan tugas

image is not available

image is not available

Terdahulu, Shahirah pernah meninggalkan komen mahu menggantikan tempat tiga penyampai segmen 3 Pagi Era berkenaan yang sebelum ini terlibat dalam kontroversi berkaitan sebuah video tarian yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu.

Difahamkan, Segmen 3 Pagi Era kini dikendalikan oleh Namie dan Munabella.

Sumber: Instagram @Era.Je