BERNAS angkat kisah keterjaminan makanan

LocalFood
30 Aug 2026 • 8:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BERNAS angkat kisah keterjaminan makanan

KETERJAMINAN makanan selain cabaran dan jerih perih pesawah antara kandungan interaktif menarik dipaparkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) di Galeri BERNAS di Laman Padi buat pengunjung Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Maklumat lain yang turut dipamerkan adalah berkenaan stok penimbal negara, import beras, keterjaminan makanan, inisiatif kelestarian serta obligasi sosial dalam satu pengalaman yang menyeluruh dan mudah difahami.

Bagi penganjuran MAHA 2026 kali ini, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menampilkan kelainan dengan berkongsi kepada rakyat satu kisah jarang diketengahkan kepada umum, iaitu bagaimana bekalan beras negara diurus, ekosistem padi dan beras berfungsi serta pe­ranan penting BERNAS kepada ke­terjaminan makanan negara.

Pengerusi BERNAS, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, elemen lain turut dipamerkan di Laman Padi termasuk proses penanaman padi menggunakan teknologi dan mesin terkini berserta bantuan oleh BERNAS kepada pesawah.

“Begitu juga di Pavilion BERNAS di Dewan A yang mana reruai kita agak besar dan banyak lagi sesi interaksi mengenai pengetahuan industri padi dan beras negara.

“Dengan ini kita boleh menye­marakkan lagi semangat dan menarik minat pengunjung khususnya golo­ngan muda untuk mengetahui de­ngan lebih mendalam industri padi dan beras negara,” katanya selepas memasak bubur pe­das Sarawak di Laman Padi semalam.

Image from: BERNAS angkat kisah keterjaminan makanan
ORANG ramai terutama golongan kanak-kanak teruja bermain permainan Ekosistem Padi yang terdapat di Pavilion Bernas di MAEPS Serdang semalam. – SYAKIR RADIN

Rohani berkata, selama ini BERNAS berada di belakang tabir, tetapi memainkan peranan besar terutama ketika negara berdepan isu atau krisis berkaitan
beras.

“Ini peranan dimainkan BERNAS­ selama ini bukan sahaja dalam negara tetapi pendekatan kita ‘berkawan’ dengan pembekal di luar negara dan global. Jadi pen­ting untuk menjaga hubungan
baik,” katanya.

Beliau menjemput dan mengalu-alukan orang ramai untuk hadir ke MAHA serta mengunjungi Laman Padi, Galeri BERNAS dan Pavi­lion BERNAS untuk melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah padi dan beras negara serta memahami peranan BERNAS.

Sementara itu, Ketua Setia­usaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Isham Ishak berkata, BERNAS telah meme­gang konsesi sebagai gerbang import sejak 1994 iaitu hampir 32 tahun dan banyak tanggapan salah terhadap peranan dimainkan organisasi itu.

“Jadi galeri ini mempersembahkan peranan BERNAS dari 1994 sehingga kini dan kita mahu berkongsi maklumat dan berkomunikasi dengan pengunjung bahawa BERNAS bukan saja pengimport, bahkan me­laksanakan tugasan dan tanggungjawab lain yang memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung,” katanya.

Image from: BERNAS angkat kisah keterjaminan makanan
PENGUNJUNG berpeluang melihat sendiri tanaman padi di Laman Padi BERNAS sempena MAHA 2026.

Katanya, ia termasuk sewaktu perang di Asia Barat iaitu BERNAS memastikan bekalan negara bukan sahaja mencukupi untuk enam bulan, tetapi boleh dianjakkan sehingga sembilan bulan.

BERNAS dalam kenyataan dikongsikan turut merakam penghargaan kepada kerajaan serta KPKM kerana memberi peluang untuk Galeri Padi diberi penjenamaan baharu sebagai Galeri BERNAS sepanjang MAHA 2026.

Image from: BERNAS angkat kisah keterjaminan makanan
PENGUNJUNG melihat jenis beras yang dipamerkan di Pavilion Bernas sempena MAHA 2026 semalam.

Platform itu membolehkan ­BERNAS berkongsi secara terus de­ngan masyarakat mengenai peranan dan tanggungjawab yang ­sering tidak diketahui umum.

“Ramai mengenali BERNAS me­lalui import beras. Namun, itu ha­nya sebahagian daripada gambaran sebenar.

“Peranan BERNAS berada dalam sebuah ekosistem yang jauh lebih besar termasuk menyokong pesawah tempatan, melengkapkan bekalan apabila diperlukan, mengurus stok penimbal beras negara dan membantu menyelaras perjalanan beras sehingga sampai ke pasaran.

“Ini bukan sekadar kisah beras, ini kisah keterjaminan makanan negara,” menurut BERNAS.

Di Pavilion BERNAS, Dewan A MAEPS pula, para pengunjung boleh berinteraksi dengan ‘Intan’, ­pembantu digital berasaskan AI, ­selain meneroka pelbagai kandu­ngan berkaitan kelestarian, komuniti dan inisiatif dilaksanakan pihak BERNAS di luar pengurusan bekalan beras. – KOSMO! ONLINE

The post BERNAS angkat kisah keterjaminan makanan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved