Berpakat untuk menipu dalam talian, empat lelaki didenda RM3,000

28 Oct 2026 • 1:26 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Berpakat untuk menipu dalam talian, empat lelaki didenda RM3,000
Empat lelaki didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berpakat untuk melakukan cubaan menipu dalam talian, minggu lepas. Foto Bernama

BUKIT MERTAJAM - Empat lelaki warga tempatan didenda RM3,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berpakat untuk melakukan cubaan menipu dalam talian, minggu lepas. 

Majistret Sharifah Razali menjatuhkan hukuman itu terhadap Ho Kui Ming, 33, Edmund Yii Kan Xi, 26, Choo Xin Thuan, 33, dan Tiong Weng Chiong, 32, serta memerintahkan mereka dipenjara enam bulan, jika gagal membayar denda.

Mereka didakwa secara bersama-sama melakukan pakatan jahat dengan tujuan cuba menjalankan aktiviti penipuan dalam talian yang bertentangan dengan Seksyen 417 Kanun Keseksaan di sebuah rumah di Lorong 12, Taman Alma Indah, Bukit Tengah pada 11.15 malam 19 Oktober.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 120B(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan Seksyen 34 dan Seksyen 511 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran dan atas faktor kepentingan awam.

Peguam Ima Syakira Mohd Salim yang mewakili Kui Ming dan Edmund merayu hukuman denda minimum kerana anak guamnya menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu selain pengakuan bersalah mereka menjimatkan masa semua pihak. 

Peguam Chiang Kian Hong yang mewakili Xin Thuan dan Weng Chiong juga memohon denda minimum atas alasan anak guamnya mempunyai tanggungan, iaitu isteri serta ibu bapa yang tua. 

"Saya percaya pertuduhan ini melibatkan kesalahan yang masih pada peringkat cubaan dan tidak melibatkan sebarang kerugian,” katanya. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved