
KOTA BHARU: Pas sedang menunggu jawapan UMNO berhubung jemputan kepada empat pemimpin parti itu untuk menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di sini, bermula 2 September ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Pas sudah menghantar jemputan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan tiga lagi pemimpin parti itu tiga hari lalu dan berharap ia dapat dipenuhi sekiranya mereka mempunyai kelapangan.
“Kita masih menunggu, baru sahaja hantar (surat). Kita jemput Presiden UMNO sendiri dan tiga pemimpinnya.. Saya akan berhubung dan kita ada lebih kurang 10 hari (menuju muktamar),” katanya selepas majlis Ceramah Isu Semasa dan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Syariah (Kelantan) 2026 di sini, malam tadi.
Terdahulu, UMNO dilapor akan mempertimbang jemputan yang dikemukakan oleh Pas untuk menghadiri muktamar parti itu dari 2 hingga 5 September ini. – UTUSAN
The post Pas tunggu jawapan UMNO, jemput Ahmad Zahid hadir muktamar appeared first on Utusan Malaysia.






