Bersatu Kelantan pulih, sedia hadapi pilihan raya

LocalPolitics
7 Sep 2026 • 6:28 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bersatu Kelantan pulih, sedia hadapi pilihan raya

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan sudah pulih sepenuhnya daripada masalah yang melanda dan bersedia untuk bangkit dan bekerja kuat untuk bersiap bagi menghadapi pilihan raya.

Pengerusinya, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, ia selepas Bersatu Kelantan melengkapkan sepenuhnya pelantikan tujuh ketua penaja bahagian yang baharu.

Katanya, kesemua lantikan baharu itu mempunyai pengalaman luas dalam arena politik tempatan, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh, Bahari Mohamad Noor. 

“Sebelum ini kekuatan parti berada pada tahap 50 peratus dengan peletakan jawatan tujuh ketua bahagian dan dengan pelantikan baharu, kita sudah pulih hampir 100 peratus.

“Tinggal lagi lantikan-lantikan baharu ini Kembali ke Kawasan masing-masing dan meneruskan tugas,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan Bersatu Negeri Kelantan, di sini hari ini.

ADUN Ayer Lanas itu memberitahu, pelantikan baharu itu juga membolehkan bahagian-bahagian terlibat, iaitu Tanah Merah, Bachok, Jeli, Ketereh, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Pasir Mas Kembali digerakkan sepenuhnya.

“Saya telah menyampaikan mandat yang diberikan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (PT) Bersatu kepada ketua-ketua bahagian (penaja) baharu untuk menyusun semula bahagian masing-masing mengikut budi bicara mereka.

“Kita juga sedang menunggu tarikh baharu untuk persidangan peringkat bahagian kerana dimaklumkan terdapat perubahan tarikh, termasuk di peringkat pusat bagi memberi laluan kepada usaha membantu calon di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Negeri Sembilan dan Melaka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa tiada pihak berhak mempersoalkan sama ada Bersatu masih relevan di Kelantan kerana ia sudah mempunyai infrastruktur, ahli serta pengalaman dan hanya perlu mengisinya sahaja.

“Jadi sekarang ini tiada masalah kerana kita hanya perlu mengisi kekosongan dalam infrastruktur sedia ada. Sepatutnya soal relevan atau tidak ditanya kepada parti yang baharu ditubuh.

“Kami sudah sembilan tahun berbanding parti yang baharu ditubuhkan kelmarin itu. Mereka belum ada infrastruktur. Hanya ada nama dan baru lulus pendaftaran,” ujarnya.

Berikut senarai penuh tujuh Ketua Bahagian (Penaja) baharu iaitu Bahari Mohamad Nor (Tanah Merah); Mohd. Fahmi Bin Zakaria (Bachok); Ahmad Nazree Bin Ramli (Jeli); Muhammad Afiq Bin Hassan (Ketereh); Nik Hazan Bin Nik Wook (Kubang Kerian); Rozainee Binti Nawawi (Kota Bharu) dan Mohd Zaid Bin Haron (Pasir Mas).-UTUSAN

 

The post Bersatu Kelantan pulih, sedia hadapi pilihan raya appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved