Bertahan Cuma 3 Bulan, Kedai Pizza Wagyu Jofliam Di Food District Ditutup – “Jangan Main Gila Dengan Netizen”

LocalFood
1 Aug 2026 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Hasrat peminat untuk menikmati pizza di PWJ Express by Chef Jofliam di Food District, One Utama nampaknya tidak kesampaian apabila premis tersebut mengumumkan penutupan operasinya selepas kira-kira tiga bulan beroperasi.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun rasmi Food District yang mengucapkan penghargaan kepada Chef Jofliam, pasukannya serta semua pelanggan yang pernah memberi sokongan sepanjang operasi restoran berkenaan.

Advertisement

PWJ

Dalam masa sama, Chef Jofliam turut berkongsi satu kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk mahu memberi fokus kepada projek baharu yang sedang dibangunkan bersama isterinya.

Menurut Jofliam, pengalaman mengendalikan operasi harian dari pukul 10 pagi hingga 10 malam memberi banyak pendedahan bermakna, namun pada masa sama menuntut komitmen yang tinggi.

Beliau berkata, keputusan tersebut juga membolehkan dirinya meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga selepas mengakui terlalu sibuk bekerja sepanjang enam bulan lalu, selain kehadiran cahaya mata baharu menjadi antara faktor yang mendorong keputusan itu.

View this post on Instagram

Jofliam turut memohon orang ramai mendoakan agar perniagaan baharu yang sedang dirancang bersama isterinya dipermudahkan segala urusan.

Penutupan itu mengejutkan ramai pengikut media sosial, malah ada yang meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat mencuba menu pizza yang ditawarkan di premis berkenaan.

Lebih mencuri perhatian, segelintir netizen turut mendakwa Jofliam baru sahaja mendapatkan sebuah mesin kopi sehari sebelum pengumuman penutupan dibuat, sekali gus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Namun, perkara itu tidak disentuh dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

christy ng2026-07-31 16:37:05

"Lain Kali Tulis Amaun Yang Betul, Haiyaa.." – Archnionverse Seloroh Jumlah Saman Sebenar Cecah RM194,560, Ini Respon Christy Ng

The post Bertahan Cuma 3 Bulan, Kedai Pizza Wagyu Jofliam Di Food District Ditutup – “Jangan Main Gila Dengan Netizen” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved