
KUALA TERENGGANU – Kes jenayah komersial di Terengganu terus meningkat kepada 1,009 kes dalam tempoh enam bulan berbanding cuma 995 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, ia melibatkan kerugian lebih RM21.03 juta, kenaikan berbanding kira-kira RM20.20 juta bagi tempoh sama tahun 2025.
“Jenayah siber kekal penyumbang tertinggi kadar jenayah komersial negeri ini iaitu sebanyak 980 kes sejak Januari lalu. Ia meningkat daripada 932 kes direkodkan pada tahun lalu. Kerugian juga melonjak kepada RM20.94 juta,” katanya di sini hari ini.
Mohd. Khairi berkata, antara jenayah siber yang mencatatkan kerugian tertinggi ialah love scam, pelaburan tidak wujud dan penipuan telefon.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata seramai 402 suspek telah ditahan bagi membantu siasatan kes jenayah komersial di Terengganu sejak Januari lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Jenayah komersial naik di Terengganu, rugi RM21.03 juta appeared first on Kosmo Digital.






