Beshom dapat kelulusan Kementerian Ekonomi penjualan 3 tanah Hai-O di Kapar, Klang

22 Sep 2026 • 5:55 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Beshom dapat kelulusan Kementerian Ekonomi penjualan 3 tanah Hai-O di Kapar, Klang Image from: Beshom dapat kelulusan Kementerian Ekonomi penjualan 3 tanah Hai-O di Kapar, Klang hamden22/09/2026 - 17:55 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Sept - Kementerian Ekonomi tiada bantahan terhadap cadangan pembeli memperoleh tiga bidang tanah milik Hai-O Enterprise Bhd (Hai-O) menerusi cadangan pelupusan yang dipersetujui pada Jun lalu.

 

Beshom Holdings Bhd dalam makluman kepada Bursa Malaysia memberitahu perkara itu dimaklumkan kepada syarikat pada 21 September 2026 menerusi surat Kementerian Ekonomi bertarikh 21 Ogos 2026.

 

“Pihak kementerian menyatakan bahawa ia tiada bantahan terhadap Pembeli memperoleh Tanah 1, Tanah 2 dan Tanah 3 daripada Hai-O selaras dengan Cadangan Pelupusan,” katanya.

 

Cadangan pelupusan itu membabitkan Perjanjian Jual Beli (SPA) yang dimeterai antara Hai-O dan Pembeli pada 16 Jun 2026.

 

Bagaimanapun, syarat terdahulu berkaitan kelulusan pembangunan masih belum dipenuhi sepenuhnya.

 

Beshom berkata, setakat tarikh pengumuman, permohonan Pembeli bagi Kebenaran Merancang masih dalam proses oleh pihak berkuasa berkaitan.

 

Selepas memperoleh kelulusan tersebut, Pembeli akan mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa berkaitan bagi mendapatkan Kelulusan Pelan Bangunan. 

 

 

Pada 16 Jun 2026 Beshom melupuskan sebanyak tiga plot tanah perindustrian berstatus pegangan bebas di Mukim Kapar, Klang, Selangor pada harga RM85.8 juta secara tunai.

 

Langkah berkenaan dilaksanakan melalui anak syarikat milik penuhnya, Hai-O Enterprise Bhd setelah memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan JT Development Sdn Bhd.

 

Hartanah itu yang terletak di Jalan Kapar, berkeluasan agregat 58,994 meter persegi, dengan lokasi disifatkan strategik kerana berhampiran Lebuhraya Grand Sepadu dan Lebuhraya Pantai Barat (WCE). - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved