BESS 100MV antara projek strategik Sabah Electricity stabilkan grid negeri

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 5:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

BESS 100MV antara projek strategik Sabah Electricity stabilkan grid negeri Image from: BESS 100MV antara projek strategik Sabah Electricity stabilkan grid negeri hamden15/09/2026 - 17:01 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KOTA KINABALU 15 Sept - Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 100 megawatt (MW) antara projek strategik Sabah Electricity (SE) bagi meningkatkan kapasiti serta kestabilan grid elektrik Sabah, khususnya di kawasan pantai timur.

 

Pengerusi SE, Datuk Saadiah Aziz berkata, selain BESS 100MW, syarikat utiliti itu turut melaksanakan beberapa projek utama termasuk projek sambungan grid elektrik Sarawak-Sabah dengan kapasiti awal 50MW yang dilancarkan pada Januari lalu.

 

“Selain BESS 100MW, kami turut melancarkan projek sambungan grid elektrik Sarawak-Sabah dengan kapasiti awal 50MW pada Januari.

 

“Pada Jun lalu, SE turut melancarkan fasa pertama Projek Southern Link yang meliputi jarak 60 kilometer,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman mengenai pencapaian serta projek yang sedang dilaksanakan SE pada Isnin.

 

Menurut Saadiah, pelaksanaan projek-projek berkenaan penting bagi memperkukuh kestabilan bekalan elektrik Sabah, terutama ketika permintaan terhadap tenaga terus meningkat.

 

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan elektrik secara berhemah susulan keadaan cuaca panas dan kering ketika ini bagi mengelakkan beban berlebihan terhadap grid.

 

Katanya, sekiranya grid perlu menanggung beban bekalan yang terlalu tinggi, kestabilan keseluruhan sistem berkenaan boleh terjejas.

 

Dalam kunjungan hormat kepada Musa itu, Saadiah turut menyerahkan zakat perniagaan SE berjumlah RM2.18 juta kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) bagi tahun lalu.

 

Beliau berkata pembayaran zakat berkenaan mencerminkan komitmen SE bukan sahaja sebagai syarikat utiliti berkualiti, malah sebuah organisasi yang mengambil berat terhadap kesejahteraan komuniti. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved