Bessent Cabar Trader Lawan Yen: “Bet Against Me If You Dare!”

Business & Finance
9 Sep 2026 • 10:03 AM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bessent Cabar Trader Lawan Yen: “Bet Against Me If You Dare!”

Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent mencetuskan provokasi besar kepada pasaran selepas secara terbuka mencabar trader yang mahu bertaruh menentang pandangan beliau terhadap yen.

Bessent malah berkata beliau kini berada dalam kedudukan seperti “house” kerana mempunyai maklumat yang lebih baik mengenai tindakan Jepun. Kenyataan itu terus menghangatkan perdebatan mengenai hala tuju USD/JPY.

“I Am the House Now”

Bessent mendakwa beliau mempunyai “asymmetric information” ketika membuat keputusan berkaitan pasaran.

Maksudnya mudah. Beliau percaya kedudukannya memberi akses kepada maklumat yang tidak diketahui sepenuhnya oleh kebanyakan trader.

Lebih berani, Bessent berkata: “You can bet against me if you want.”

Kenyataan seperti ini bukan sekadar komen biasa. Ia dilihat sebagai satu cabaran terus kepada pemain pasaran yang mengambil posisi bertentangan dengan dasar AS dan Jepun.

Bessent Sudah Tahu Apa BOJ Bakal Buat?

Bessent merujuk kepada campur tangan bersama Jepun pada 31 Julai yang bertujuan menyokong yen.

Walaupun yen melonjak pada awalnya, kenaikan itu kemudiannya susut apabila trader mula mempersoalkan sejauh mana kemampuan Perbendaharaan AS untuk terus membeli yen dalam jumlah besar.

Namun Bessent memberi isyarat bahawa kuasa sebenar mungkin bukan terletak pada jumlah wang yang boleh digunakan untuk campur tangan.

Beliau mendakwa mempunyai gambaran yang lebih jelas mengenai apa yang bakal dilakukan kerajaan Jepun dan Bank of Japan.

BOJ Mungkin Naik Kadar

Inilah bahagian yang boleh membuat trader USD/JPY mula panas.

BOJ dilaporkan semakin cenderung menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada 18 September.

Jika benar, langkah itu boleh memberi sokongan kepada yen kerana kadar faedah Jepun yang lebih tinggi menjadikan mata wang tersebut lebih menarik.

Pada masa sama, pasaran perlu menilai sama ada kenaikan kadar itu sudah pun diambil kira dalam harga atau belum.

Trader Lawan Bessent Atas Risiko Sendiri?

Cabaran Bessent membuka satu persoalan besar kepada pasaran.

Jika beliau benar benar mempunyai gambaran lebih awal mengenai langkah BOJ, trader yang bertaruh yen akan terus melemah mungkin sedang mengambil risiko melawan pihak yang mempunyai kelebihan maklumat.

Tetapi pasaran tidak bergerak berdasarkan kenyataan seorang pegawai sahaja.

Jika BOJ mengecewakan jangkaan, yen masih boleh melemah walaupun Bessent begitu yakin dengan kedudukannya.

USD/JPY Kini Jadi Medan Pertempuran

Dengan BOJ berpotensi menaikkan kadar dan Bessent secara terbuka mencabar trader, USD/JPY kini menjadi antara pasangan mata wang yang paling menarik untuk diperhatikan.

Persoalannya bukan lagi sekadar sama ada yen akan mengukuh atau melemah.

Trader kini perlu bertanya satu perkara yang lebih panas: Berani ke betul betul lawan Bessent?

 


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved