
Masyarakat Malaysia mempunyai norma apabila seorang wanita ataupun gadis ‘wajib’ pandai memasak dan jika tidak tahu berbuat demikian pasti akan dipandang serong.
Seperti ciapan yang tular baru-baru ini, seorang individu lelaki mengecam seorang gadis apabila memuji kesedapan nasi goreng instant yang dibeli di sebuah kedai serbaneka popular.

Biarpun hanya mahu berkongsi kepada umum mengenai kesedapan makanan yang dibeli, lelaki yang mengecam itu mempersoal kenapa perlu membeli sedangkan makanan itu mudah untuk dimasak.
Dalam pada masa yang sama, individu itu turut sempat memerli gadis tersebut dengan ayat yang tidak enak untuk dibaca ramai.
Tidak mendiamkan diri, gadis tersebut membalas semula kecaman lelaki tersebut dengan makian kerana menganggap individu itu terlalu kurang ajar.



"Mak Ramai Yang Kenal" - Terima Banyak Tawaran Iklan, Netizen 'Bitter' Dengan Anak Mira Filzah
The post “Betina Akhir Zaman Mana Reti Masak” – Gadis Puji Sedap Lepas Beli Nasi Goreng ‘Instant’, Lelaki Pula ‘Bitter’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

