Bicara bekas pegawai, anggota ESSCOM hari ini

LocalPolitics
5 Aug 2026 • 7:51 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bicara bekas pegawai, anggota ESSCOM hari ini

TAWAU: Kes saman RM190 juta membabitkan bekas pegawai kanan dan anggota unit perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 11 pihak lain mula dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Perbicaraan bermula pukul 3.30 petang itu didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Steve Ritikos dengan seorang saksi utama Nurimah Juli,36, dipanggil bagi memberi kete­rangan pada prosiding hari pertama.

Peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon, Zahbia Ophent, Rasrina Patrick T. Rining Fadzidahtul Ardianah, Kamarudin Mohmad Chinki, Datuk Ram Singh, Chen Wen Jye dan Prabjit Singh mewakili plaintif.

Sementara defendan diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Afiq Nazrin Zaharinan, Mardziatun Nisa Ahamadul Kaber, dan Anis Najwa Nazari.

Pada 15 Ogos 2024, bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga bekas anggota unit perisikan terbabit, Fabian anak Rungan, Dennis anak Enit dan Mohd Azlan Sakaran, masing-masing bertindak sebagai plaintif memfailkan tindakan saman RM100 juta terhadap PDRM serta 11 defendan lain.

Dua lagi bekas anggota, Sarjan Khairul Azman Bakar dan Inspektor John Kennedy Anak Sanggah serta isterinya, Vivien Fabian, memfailkan saman pada 30 Jun dan 4 Julai 2025 dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM90 juta terhadap defendan yang sama.

Antara yang dinamakan sebagai defendan ialah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan serta bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, sebagai defendan pertama hingga keempat. – UTUSAN

The post Bicara bekas pegawai, anggota ESSCOM hari ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved