Bila Kerja Dah Selesai, Tukang Mesin Rumput Buat Aksi Ala Tentera Buat Netizen Terhibur

Entertainment
2 Mar 2024 • 5:15 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Lega dan puas hati. Itulah perasaan seorang tukang mesin rumput apabila berjaya menyelesaikan potongan rumput pada satu kawasan lapang.

Kelihatan kawasan kerjanya sangat luas dan memerlukan masa yang panjang untuk menyiapkan tugasannya.

Namun apa yang menjadi tular, apabila videonya sedang bergembira memotong rumput sambil melakukan aksi ala latihan tentera.

Rakaman video itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi netizen.

Ternyata lelaki itu sangat berpuas hati dengan hasil kerjanya dan melakukan aksi sebegitu.

Lelaki ini senang betul nak healing sorang-sorang tak perlu pun ramai-ramai.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.