“Bila Masa Pula Saya Jual Tupperware?” – Sarimah Ibrahim Terhibur Baca Hantaran Instagram Puteri Balqis

Entertainment
19 Nov 2026 • 10:11 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim mencuri perhatian apabila memberikan reaksi lucu selepas namanya dikaitkan dengan video menjual Tupperware oleh pelakon Puteri Balqis.

Menerusi hantaran di Threads, Sarimah dilihat membalas satu perkongsian yang memaparkan mesej daripada aktres itu  yang mengucapkan terima kasih atas nasihat diberikan olehnya sebelum ini.

Advertisement

Bagaimanapun, apa yang mencuit hati Sarimah adalah apabila Puteri Balqis berkenaan mendakwa video Tupperware yang dihasilkan pengacara itu merupakan antara kandungan kegemarannya.

Puteri Balqis Seru Che Puan Sarimah Ibrahim

Dalam hantaran tersebut, Sarimah pada mulanya memberikan respons berseloroh terhadap mesej berkenaan, seolah-olah teruja apabila mengetahui dirinya dikatakan pernah menjual Tupperware.

View this post on Instagram

j

“Aw nawww bila masa pulak sis jual tupperwareeeee macam besttttt jerrr …”

Namun, Sarimah kemudian menyambung reaksinya dengan menyatakan bahawa perkara itu sebenarnya tidak pernah berlaku.

“Tapi aunty….. awwww hell nawwwww ”

Reaksi spontan pengacara tersebut sekali gus menjadikan perkongsian berkenaan sebagai bahan gurauan dalam kalangan pengguna Threads.

Ucap Terima Kasih Atas Nasihat

Terdahulu, Puteri Balqis telah memuat naik mesej dalam bahasa Inggeris yang ditujukan kepada Sarimah.

Dalam mesej itu, Puteri Balqos berkenaan mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberikan Sarimah menerusi sebuah video, selain mengakui dirinya masih berusaha menangani kesakitan emosi yang sedang dilalui.

PB

“Dear Auntie Sarimah, I’ve seen your video. Thank you for your advice.

I’m still learning how to cope with the pain I’m carrying.”

Individu tersebut turut menyatakan bahawa dia masih meminati dan menghormati Sarimah sebagai seorang figura senior yang sering berkongsi pengalaman kehidupan.

Bagaimanapun, bahagian akhir mesej itu mencetuskan kekeliruan apabila individu tersebut menyebut video ‘mak mak’ dan Tupperware sebagai antara kandungan kegemarannya.

“Your mak mak and Tupperware videos will always be my favourites.”

“When did I sell Tupperware?”

Tidak terhenti di situ, Sarimah turut meninggalkan satu lagi komen bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut.

“Jap… When did i sell tupperware. ”

Komen itu kemudian mendapat respons daripada beberapa pengguna Threads yang turut terhibur dengan situasi berkenaan.

Seorang pengguna berseloroh bahawa perkara itulah yang menyebabkan tempahannya tidak kunjung tiba.

d

“Itu lah pasal kalau tak lama I order dahhhh”

Sementara itu, pengguna yang berkongsi mesej tersebut turut membalas bahawa dia sendiri tidak mempunyai jawapan mengenai dakwaan video Tupperware berkenaan.

“Itu kena tanya dia sbb sy pun tkde jwpn tu ”

Perbualan tersebut memperlihatkan reaksi santai Sarimah ketika berdepan kekeliruan mengenai kandungan media sosial yang dikaitkan dengan dirinya.

Setakat perkongsian tersebut, Sarimah tidak mengesahkan pernah menghasilkan video menjual Tupperware seperti yang disebut dalam mesej berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

d2026-11-18 11:23:18

“Saya Tidak Pernah Lakukan Perbuatan Seperti Didakwa” - Zarif Ghazzi Buat Laporan Polis, Lantik Peguam

The post “Bila Masa Pula Saya Jual Tupperware?” – Sarimah Ibrahim Terhibur Baca Hantaran Instagram Puteri Balqis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved