“Bila Seorang Suami Menunggu Isterinya” – Momen Tun M Menanti Tun Siti Hasmah Sebelum Pulang

3 Oct 2026 • 10:47 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: “Bila Seorang Suami Menunggu Isterinya” – Momen Tun M Menanti Tun Siti Hasmah Sebelum Pulang

KUALA LUMPUR: Satu perkongsian di Threads mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad yang setia menunggu isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, selepas menghadiri sesuatu majlis mencuri perhatian ramai.

Perkongsian oleh Adam Mohd Muhayeddin, pembantu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang rapat dengan Tun Dr Siti Hasmah, itu memaparkan sisi peribadi pasangan berkenaan ketika mereka bersama sebelum pulang.

Tun M Setia Menunggu

Menurut perkongsian tersebut, Tun M biasanya akan berjalan sedikit laju ketika menghadiri majlis kerana beliau mahu melayan tetamu yang ingin bergambar dan berbual dengan beliau.

Namun, keadaan berbeza apabila bersama Tun Siti Hasmah.

Menurut Adam, Tun M akan menunggu isterinya di dalam kereta sekiranya tiada urusan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Malah, ketika pemandu memaklumkan bahawa Tun M sudah menunggu di dalam kereta, Tun Siti Hasmah dikatakan membalas bahawa beliau mahu mengambil sedikit masa untuk melayan peminat.

“Kejap, Saya Nak Layan Peminat”

Perkara itu turut menjadi perhatian pengguna Threads yang melihat tindakan tersebut sebagai satu momen manis antara pasangan berkenaan.

Ruang komen dipenuhi reaksi netizen yang menyifatkan Tun M sebagai seorang suami yang sabar menunggu isterinya.

Ada yang menyamakan situasi tersebut seperti seorang pengantin lelaki menunggu isterinya, manakala sebahagian lain tertarik dengan senyuman Tun M ketika menunggu.

“Tunggu sambil senyum pulak tu, so sweet,” komen seorang pengguna.

Seorang lagi menulis, “Senyum jer Tun M tunggu his beloved wife.”

Perkongsian itu sehingga kini turut menerima puluhan ribu tontonan dan pelbagai reaksi daripada pengguna Threads.

Bagi ramai yang melihat perkongsian tersebut, momen ringkas itu bukan sekadar tentang seorang tokoh yang menunggu isterinya, tetapi turut memperlihatkan sisi kehidupan pasangan yang telah bersama selama puluhan tahun. – The Malaysian Update

The post “Bila Seorang Suami Menunggu Isterinya” – Momen Tun M Menanti Tun Siti Hasmah Sebelum Pulang appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved