“Bila Tuhan Beri Rezeki, Jangan Tolak” - Alif Satar

30 Sep 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar tidak pernah menganggap kerja yang dilakukan setiap hari menjadi perhatian peminat.

Jelas Alif, 34, dia juga berpegang pada prinsip untuk tidak terlalu memilih tawaran kerja yang datang kepadanya.

"Alhamdulillah, dengan kerjaya yang saya ceburi ini mungkin dipandang baik oleh orang lain. Apa yang boleh saya katakan adalah saya tidak pernah memilih kerja.

"Rezeki yang datang itu umpama makanan yang dihidangkan, dan saya tidak pernah merungut atau merendahkannya.


"Kita tidak boleh memperkecilkan rezeki yang diberikan. Apabila Tuhan memberikan rezeki, kita perlu menerimanya dengan syukur," katanya kepada Gempak.

Alif Satar berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Malam Gala Eksklusif Reeza GTR di GSC Mid Valley Kuala Lumpur baru-baru ini.

 Tidak tertekan lakukan kerja


Dalam pada itu, Alif juga tidak pernah menyangka segala yang dilakukannya akan mendapat sambutan daripada netizen dan berpendapat kejayaan tersebut mungkin kerana dia tidak memilih dalam kerjayanya.

“Saya tidak pernah merasakan segala yang saya lakukan itu sentiasa berjaya. Mungkin, apa yang berjaya adalah kerana saya tidak pernah memilih.

"Sebab itulah saya tidak berasa tertekan dan seronok dengan apa yang saya lakukan.


“Jika penonton berasa seronok menonton filem ini, saya sangat menghargainya,” katanya," ulasnya.


Terdahulu, Alif Satar pernah dikhabarkan oleh netizen sebagai seorang selebriti yang serba sempurna namun, dirinya hanya meluahkan rasa bersyukur dan menerima sebagai pujian sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved