Bilangan BNPL Meningkat Kepada 8 Juta Akaun Aktif Dengan Baki Hutang Terkumpul RM5.3 Bilion

Business & FinancePersonal Finance
16 Jul 2026 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan Buy Now, Pay Later (BNPL) sememangnya menawarkan kemudahan kepada pengguna kerana ia membolehkan pembelian dibuat segera tanpa perlu membayar penuh pada waktu transaksi.

Namun, kemudahan ini datang bersama tanggungjawab iaitu jika tidak diurus dengan baik, ia boleh menjerat pengguna dalam masalah hutang yang semakin meningkat.

Image from: Bilangan BNPL Meningkat Kepada 8 Juta Akaun Aktif Dengan Baki Hutang Terkumpul RM5.3 Bilion

Data terbaru menunjukkan akaun BNPL meningkat kepada 8 juta pada suku pertama 2026 dengan baki hutang terkumpul sebanyak RM5.3 bilion. Daripada jumlah itu, RM181 juta atau 3.4% merupakan hutang tidak berbayar.

Walaupun hutang BNPL hanya sekitar 0.3% daripada hutang isi rumah negara setakat akhir 2025 namun trend peningkatan ini dilihat sebagai amaran awal risiko kewangan jika pengguna terus berbelanja tanpa kawalan.

Oleh itu, BNPL perlu dilihat bukan sekadar sebagai kemudahan membeli tetapi satu bentuk komitmen kewangan yang memerlukan disiplin dan pengurusan yang teliti.

Duit Ringgit

Ini adalah angka yang dikongsikan oleh Kementerian Kewangan (MoF) yang dilihat sebagai satu amaran awal terhadap potensi risiko kewangan. Dalam masa sama, MoF turut menekankan bahawa semua penyedia BNPL diwajibkan mendapatkan lesen daripada Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP).

Bagi tujuan itu, SKP telah mengeluarkan Standard Pelesenan dan Pendaftaran serta Standard Pelakuan yang menetapkan syarat minimum bagi memastikan penyedia BNPL beroperasi di bawah kawalan selia yang ketat.

Image from: Bilangan BNPL Meningkat Kepada 8 Juta Akaun Aktif Dengan Baki Hutang Terkumpul RM5.3 Bilion

Antara syarat utama yang ditetapkan ialah keperluan untuk menjalankan penilaian kelayakan kredit sebelum meluluskan sebarang pembiayaan. Selain itu, penyedia BNPL juga dilarang menambah kemudahan kredit kepada pengguna yang dikenal pasti berisiko gagal memenuhi tanggungjawab pembayaran balik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved