Bilik darjah hampir musnah dalam kebakaran

22 Sep 2026 • 8:22 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bilik darjah hampir musnah dalam kebakaran

GEORGE TOWN : Sebuah bilik darjah hampir musnah dalam satu kebakaran di sebuah sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan (Cina) di Ayer Itam di sini, kira-kira pukul 7.54 malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Sepasukan anggota bomba sebelum itu telah dikerah ke lokasi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman api sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut.

“Operasi tersebut tamat kira-kira pukul 9.22 malam dan kes kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

The post Bilik darjah hampir musnah dalam kebakaran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved