Dua gudang di Segambut musnah dalam kebakaran

30 Aug 2026 • 10:41 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dua gudang di Segambut musnah dalam kebakaran

PETALING JAYA: Dua gudang yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia pertanian seperti racun kulat dan racun perosak musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Arfah, Segambut, awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu menyebabkan sebuah gudang berukuran 100×80 kaki persegi terbakar hampir 90 peratus.

Katanya, sebuah lagi gudang berkeluasan 80×80 kaki persegi pula mengalami kerosakan kira-kira 30 peratus akibat kebakaran berkenaan.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 3.54 pagi.

“Beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul kemudian digerakkan ke lokasi dengan bantuan BBP Jinjang, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sri Hartamas.

“Pasukan bomba tiba di Lot 5492, Jalan Raja Arfah pada pukul 4.03 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pihak bomba mendapati kebakaran itu melibatkan dua unit gudang yang digunakan untuk menyimpan pelbagai bahan kimia pertanian.

“Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.19 pagi tadi manakala pemeriksaan lanjut masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku semula.

“Dalam kejadian itu, seorang anggota BBP Jalan Tun Razak turut dilaporkan cedera namun tahap kecederaan mangsa masih belum diperincikan,” katanya. – UTUSAN

The post Dua gudang di Segambut musnah dalam kebakaran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved