Bimbang kehadiran Rohingya di Alor Setar

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 9:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bimbang kehadiran Rohingya di Alor Setar

SAYA ingin menarik perhatian berkenaan kebanjiran puak Rohingya di Taman Bee Bee Park, Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.

Pada awalnya, hanya satu keluarga, ibu bapa dan dua anak menyewa tetapi kemudian makin bertambah ramai.

Kini didapati sebanyak dua atau tiga keluarga menyewa di sana. Mereka turut menyewa sebuah rumah lain.

Bukan itu sahaja, mereka juga menukar rumah kediaman kepada kedai runcit.

Jumlah mereka makin bertambah dari hari ke hari. Mereka tidak dibenarkan bekerja di negara ini kerana status sebagai pelarian. Jadi, persoalannya, dari mana datangnya sumber kewangan yang begitu besar sehingga mampu menyewa dua buah rumah, termasuk sebuah rumah sudut, malah membuka kedai runcit?

Lebih memburukkan keadaan, berlaku tiga kes pecah rumah dan kecurian di taman ini sejak kebelakangan ini.

Kehadiran puak Rohingya yang makin bertambah dan menjalankan perniagaan mencetuskan rasa kurang senang, tidak puas hati dan kebimbangan keselamatan dalam kalangan penduduk tempatan.

Saya ingin meminta pihak berwajib menjalankan tugas, menangkap dan menghantar mereka pulang ke Myanmar, tempat asal mereka, sebelum keadaan menjadi lebih parah, sebelum penduduk tempatan mengambil tindakan keras seperti mana yang tular di media sosial. –UTUSAN

JAMIL HUSSAIN
Alor Setar

The post Bimbang kehadiran Rohingya di Alor Setar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved