“Dah beritahu tak payah pergi, tapi mereka berdua beria-ia nak pergi juga” – Ibu 3 Beradik M*ut Kemalangan

8 Oct 2026 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft 3 beradik maut

Pagi yang sepatutnya bermula ceria bertukar menjadi hari paling memilukan buat sebuah keluarga ini apabila tiga beradik dilaporkan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Lebih menyayat hati, dua daripada mangsa sebelum itu sudah dimaklumkan bahawa sesi persekolahan di Johor ditutup akibat jerebu. Namun, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan adiknya, Puteri Naufa Raisya, 8, tetap berkeras mahu ke sekolah kerana ingin melihat sendiri sama ada sekolah mereka benar-benar ditutup.

Artikel berkaitan : Pemandu Mabuk Bakal Diwajibkan Bayar Pampasan Kepada Mangsa Atau Waris Kemalangan

Artikel berkaitan : Remaja 14 Tahun Pandu Kereta Lawan Arus, Sebabkan Kemalangan Di 2 Lokasi Berbeza

Tak percaya sekolah ditutup

Oleh sebab itu, abang mereka, Nor Daniel Aiman, 18, akhirnya membawa kedua-dua adiknya ke sekolah bagi memenuhi permintaan mereka. Siapa sangka, perjalanan singkat itu menjadi perjalanan terakhir buat ketiga-tiga beradik berkenaan.

Mereka maut selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Parit Haji Siraj, di sini, kira-kira jam 7 pagi tadi.

pontian

Dia orang beria-ia dan berkeras nak pergi juga,” kata ibu mangsa.

Ibu mangsa, Julaiha Munaji, 42, berkata dia sebenarnya sudah memaklumkan kepada anak-anaknya mengenai penutupan sekolah pada hari kejadian. Namun, kedua-duanya tetap mahu ke sekolah sehingga Aiman mengambil keputusan untuk menghantar mereka.

“Tahu, saya dah beritahu tak payah pergi sebab Johor tak sekolah hari ini. Tapi mereka berdua beria-ia dan berkeras nak pergi juga. Jadi abangnya tolong hantarkan untuk puaskan hati mereka, nak tunjukkan yang sekolah sebenarnya tutup,” katanya.

Menurut Julaiha, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah turut menunjukkan ketiga-tiga anaknya sempat tiba di sekolah sebelum berpatah balik selepas mendapati sekolah itu memang ditutup.

pontian 2

Namun, ketika dalam perjalanan pulang, motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kira-kira 200 meter dari rumah. Julaiha berkata, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas seorang individu yang dalam perjalanan ke tempat kerja datang ke rumah untuk memaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

“Ada budak nak pergi kerja datang ke rumah dan beritahu ayah saya yang cucu-cucunya kemalangan dekat situ. Ayah saya terus pergi ke tempat kejadian dan tengok dua orang daripadanya dah meninggal dunia. Manakala Aiman pula dibawa ke hospital. Itu sahaja yang saya tahu,” katanya.

Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala Aiman turut maut dalam tragedi berkenaan.

“Mereka semua rapat dan malam tadi pun tidur sekali dengan kami.”

839618205 1606778724579227 1131226657171347731 n

Mengimbas kembali kenangan bersama tiga anaknya, Julaiha berkata Aiman merupakan seorang yang pendiam tetapi gemar bergurau dengannya. Lebih memilukan, ketiga-tiga beradik itu juga sangat rapat dan masih bersama keluarga pada malam sebelum kejadian.

“Aiman ni jenis pendiam, tapi kalau dengan saya dia suka bergurau. Mereka semua rapat dan malam tadi pun tidur sekali dengan kami,” katanya.

840117221 1606778801245886 3006094067518795487 n

Sementara itu, ibu saudara mangsa, Norimah Khamis, 40, turut berkongsi kisah yang membuatkan tragedi itu semakin meruntun hati. Katanya, Nor Daniel Fikri baru sahaja mendapat kasut bola yang dibelikan ibunya, namun tidak sempat memakainya ke sekolah.

“Mak dia semua dah belikan kasut. Abang dia nombor 2 tu, abang dia darjah 6 tu dah belikan kasut bola dah, belum sempat pakai lagi. Mak dia dah cakap memang tak sekolah hari ni, tapi dia semangat sangat nak pergi sekolah, dia nak tengok juga sekolah tu betul tak sekolah,” katanya.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved