Binastra raih kontrak RM303.8 juta daripada PTT Synexis bangunkan gudang industri di Bukit Raja, Selangor

LocalBusiness & Finance
4 Nov 2026 • 5:22 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Binastra raih kontrak RM303.8 juta daripada PTT Synexis bangunkan gudang industri di Bukit Raja, Selangor Image from: Binastra raih kontrak RM303.8 juta daripada PTT Synexis bangunkan gudang industri di Bukit Raja, Selangor liza04/11/2026 - 17:22 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 4 Nov – Binastra Corporation Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, Binastra Builders Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM303.8 juta daripada PTT Synexis Sdn Bhd bagi pembangunan sebuah fasiliti gudang industri di Bandar Bukit Raja, Kapar, Selangor.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Binastra berkata, projek berkenaan terletak di Jalan Lansaran 2/KU 5 dengan kontrak itu diberikan pada harga tetap berjumlah RM303.8 juta, tidak termasuk cukai perkhidmatan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018.

 

“Projek berkenaan dijadualkan bermula pada 11 November 2026 dan disasarkan siap sepenuhnya pada 30 September 2027. Skop kerja kontrak merangkumi kerja-kerja cerucuk, pembinaan bangunan utama serta kerja luaran berkaitan pembangunan gudang industri berkenaan.

 

“Antara komponen utama projek ialah sebuah gudang satu tingkat yang dilengkapi sistem penyimpanan dan pengambilan automatik (ASRS), ruang mezanin serta bangunan pejabat tiga tingkat,” katanya.

 

Pembangunan itu turut merangkumi dua bangunan mekanikal dan elektrikal dua tingkat, dua pondok pengawal, dua bilik pengumpulan sampah serta sebuah pencawang elektrik. Selain itu, projek berkenaan melibatkan pembinaan bangunan parkir lima tingkat dan kawasan sementara bagi depot kontena.

 

Tingkatkan pendapatan kumpulan

Menurut Binastra, kontrak berkenaan dijangka menyediakan sumber pendapatan tambahan kepada kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 hingga 2028.

 

Dari segi kewangan, penerimaan kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan syarikat.

 

Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada keuntungan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 hingga 2028.- DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved