Bintang Gossip Girl, Michelle Trachtenberg Meninggal Dunia

27 Feb 2025 • 8:26 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Aktres Michelle Trachtenberg yang cukup terkenal menerusi naskhah Buffy the Vampire Slayer's dan Gossip Girl meninggal dunia pada usia 39 tahun.

Polis Manhattan dilaporkan menerima panggilan kecemasan pada pagi Rabu menemui Trachtenberg tidak sedarkan diri sebelum diumumkan telah meninggal dunia di tempat kejadian, lapor BBC.

Pihak keluarga Trachtenberg menerusi kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan kematian bintang ini.

“Dengan berat hati kami mengesahkan Michelle Trachtenberg telah meninggal dunia. Pihak keluarga meminta ruang dan privasi diberikan kepada mereka buat masa ini,” ujar kenyataan tersebut.

Sementara itu pihak berkuasa tempatan, NYPD mendakwa tiada unsur jenayah terhadap kematian Trachtenberg.

“Tiada unsur jenayah dan laporan kematian masih dalam siasatan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan NYPD.

Trachtenberg mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 1990-an dan 2000 sebelum meneruskan kecemerlangan kariernya dengan terlibat dalam beberapa projek popular.

Ini termasuklah pembabitannya sebagai Georgina Sparks, sosialitas yang manipulatif dalam Gossip Girl dan adik kepada Dawn Summers di Buffy the Vampire Slayer's.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved