Bintang JDT tarik diri daripada skuad kebangsaan?

16 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Bintang JDT tarik diri daripada skuad kebangsaan?

Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Carlos Akapo, difahamkan telah menarik diri daripada Equatorial Guinea menjelang perlawanan peringkat kumpulan, kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2027 bertemu Zimbabwe.

Jumaat lalu, pemain berusia 33 tahun tiada dalam kesebelasan utama mahupun dalam senarai di bangku simpanan.

Harimau Selatan dalam satu hantaran malam tadi berkongsi suasana jamuan makan malam untuk para pemain, barisan kejurulatihan serta keluarga kelab tersebut di  Istana Pasir Pelangi.

Lensa turut kelihatan Akapo berada dalam majlis berkenaan, sekali gus menjawab persoalan tentang statusnya bersama Equatorial Guinea malam ini.

Negara di ranking ke-103 dunia itu sekali lagi akan bertemu Zimbabwe malam ini tanpa Akapo.

Dia telah mengumpul 48 penampilan dengan dua gol bersama negaranya setakat ini.

Belum ada pengesahan rasmi mengapa Akapo tarik diri setakat ini. Tiada maklumat berkenaan kecederaan atau apa-apa halangan setakat ini. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved