Bintang 'The Nutty Professor', Stella Stevens meninggal dunia

Entertainment
18 Feb 2023 • 7:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mendiang meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat sakit tua. - Foto AP

PELAKON komedi terkenal era 60-an hingga 70-an Stella Stevens meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Menurut jurucakap keluarga Stevens, mendiang meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat sakit tua.

Stevens terkenal dengan wataknya dalam filem 'The Nutty Professor'.

Mendiang dilahirkan di Yazoo City, Amerika Syarikat (AS) pada 1938 dan berkahwin pada usia 16 tahun.

Mendiang melahirkan seorang anak, pelakon dan penerbit, Andrew Stevens pada tahun 1955.

Stella memulakan kariernya sebagai pelakon dan seorang model ketika masih belajar di Univerisiti Memphis State.

Mendiang muncul dalam filem pertamanya 'Say One for Me' pada tahun 1959. - Awani