Bisajuta terima pembiayaan RM29.6 juta naik taraf 4 projek infrastruktur awam di Sabah

LocalBusiness & Finance
17 Sep 2026 • 5:15 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Bisajuta terima pembiayaan RM29.6 juta naik taraf 4 projek infrastruktur awam di Sabah Image from: Bisajuta terima pembiayaan RM29.6 juta naik taraf 4 projek infrastruktur awam di Sabah amree17/09/2026 - 17:15 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 17 Sept — Empat projek infrastruktur awam di Sabah termasuk naik taraf jambatan, tebatan banjir dan sistem pengairan menerima sokongan pembiayaan RM29.6 juta, sekali gus membantu memperkukuh ketersambungan, pengurusan air serta daya tahan komuniti di negeri itu.

 

Pembiayaan berkenaan disediakan kepada Bisajuta Sdn Bhd, syarikat kontraktor kelas G7 yang berpangkalan di Sabah, bagi menyokong pelaksanaan projek dilaksanakan di Penampang, Kota Belud, Inanam, Beaufort dan Tenom.

 

Menurutnya dalam kenyataan, antara projek utama dilaksanakan tersebut ialah kerja menaik taraf Jambatan Sungai Moyog di Penampang yang kini sudah siap, membabitkan pembinaan jambatan baharu jenis 'girder' keluli sepanjang 90 meter.

 

"Jambatan yang dibina syarikat berkenaan dapat menghubungkan Stesen Perikanan Babagon, Kampung Timpango dan Kampung Lotong, sekali gus menggantikan laluan sungai sedia ada bagi meningkatkan akses penduduk setempat," katanya.

 

Selain memudahkan pergerakan komuniti, jambatan yang dinaik taraf itu turut membantu kelancaran pengangkutan hasil pertanian, bekalan perikanan dan barangan keperluan, sekali gus menyokong aktiviti ekonomi tempatan.

 

Kemudahan pembiayaan itu turut menyokong kerja naik taraf dan penambahbaikan Skim Pengairan Tempasuk Selatan di Kota Belud, yang penting bagi memperkukuh sistem pengurusan air serta menyokong aktiviti berkaitan pertanian.


Projek Tingkatkan Daya Tahan Kawasan

Dua lagi projek dibangunkan Bisajuta yang membabitkan kerja tebatan banjir di bawah Program Rancangan Tebatan Banjir Sungai Padas serta projek menaik taraf Jambatan Dasar di Jalan Kiansom Lama, Inanam.

 

"Secara keseluruhannya, projek berkenaan dijangka membantu meningkatkan daya tahan kawasan terlibat terhadap risiko banjir, memperbaiki sistem pengairan dan memperkukuh jaringan pengangkutan yang menyokong pembangunan sosioekonomi Sabah," katanya.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Berhad, Rafe Haneef berkata pembiayaan diberikan itu menyokong pelaksanaan projek jambatan, pengairan dan tebatan banjir yang memberi manfaat kepada komuniti di beberapa daerah di Sabah.

 

Beliau berkata projek infrastruktur berkenaan bukan sahaja memperkukuh ketersambungan dan pengurusan air, malah menyokong aktiviti ekonomi serta pembangunan jangka panjang negeri tersebut.

 

Bisajuta, yang diperbadankan pada 2001, mempunyai lebih 23 tahun pengalaman dalam sektor pembinaan serta rekod pelaksanaan projek infrastruktur awam kerajaan meliputi sektor pengangkutan, infrastruktur air dan kerja awam di seluruh Sabah. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved