BMW, Axia musnah terbakar berhampiran KL Gateway Mall

LocalCars
17 Aug 2026 • 9:17 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: BMW, Axia musnah terbakar berhampiran KL Gateway Mall

KUALA LUMPUR – Sebuah kereta jenis BMW dan Perodua Axia musnah terbakar dalam kejadian di hadapan pusat beli-belah KL Gateway Mall, Jalan Kerinchi, di sini malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan menerusi talian NG999 pada pukul 9.53 malam dan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi tersebut.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I Mokhtar Ramli berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan dua buah kenderaan.

“Kereta BMW musnah 100 peratus, manakala Perodua Axia terbakar kira-kira 30 peratus. Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post BMW, Axia musnah terbakar berhampiran KL Gateway Mall appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved