Stor simpan kabel elektrik terbakar 80 peratus

14 Aug 2026 • 12:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Stor simpan kabel elektrik terbakar 80 peratus

SHAH ALAM, 14 OGOS: Sebuah stor penyimpanan kabel elektrik di Jalan Kunci Air, Padang Jawa di sini musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran malam tadi.

Penolong Kanan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.11 malam.

Susulan itu, seramai 21 anggota dan pegawai digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

Operasi membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dengan bantuan BBP Klang Selatan dan BBP Bukit Jelutong serta jentera.

“Sebaik anggota tiba di tempat kejadian dengan jaraknya sejauh 10 kilometer mendapati, kebakaran melibatkan sebuah stor penyimpanan kabel elektrik bangunan kelas C dengan keluasan 50×70 kaki persegi.

“Semakan mendapati, anggaran kebakaran membabitkan kira-kira 80 peratus daripada keseluruhan bangunan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor MalaysiaGazette.

Berdasarkan pemeriksaan, kebakaran hanya membabitkan bangunan berkenaan tanpa sebarang mangsa dilaporkan.

Pasukan bomba meneruskan operasi pemadaman bagi memastikan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved