Bocor maklumat rahsia kerajaan boleh jejas keselamatan negara.

LocalPolitics
19 Nov 2026 • 1:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Bocor maklumat rahsia kerajaan boleh jejas keselamatan negara.

PUTRAJAYA: Tindakan membocorkan maklumat daripada dokumen penting kerajaan tidak boleh dipandang mudah kerana berpotensi menjejaskan keselamatan negara.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya memandang serius tindakan itu kerana ia diklasifikasikan sebagai rahsia tanpa kebenaran pihak kerajaan.

Beliau berkata, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku melainkan kerajaan sendiri membuat keputusan untuk menyahklasifikasikan dokumen berkenaan.

“Perkara berkaitan dokumen itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, justeru perhatian serius perlu diberikan bagi memastikan tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Perbuatan membocorkan maklumat daripada dokumen penting kerajaan tidak boleh dipandang mudah kerana berpotensi menjejaskan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui pada Festival of Idea (FOI) Putrajaya 2026 di sini hari ini.

Katanya, tindakan mendedahkan dokumen rahsia kerajaan itu bukan hanya berkaitan isu Lembaga Pengampunan sahaja sebaliknya perlu dilihat dalam konteks lebih luas membabitkan keselamatan dan kerahsiaan dokumen rasmi kerajaan.

Zambry berkata, kebocoran maklumat daripada dokumen kerajaan boleh membawa kesan besar kepada negara sekiranya tindakan sewajarnya tidak diambil.

“Bayangkan kalau ini kita biarkan, apa akan berlaku kepada dokumen-dokumen kerajaan yang bertanda ‘X’ (dokumen rahsia).

“Bagaimana fail-fail yang bertanda ‘X’ boleh dinyahklasifikasi atau dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya, semua pihak perlu melihat perkara berkenaan sebagai isu serius kerana ia membabitkan kepentingan negara secara keseluruhan dan bukannya isu politik.

“Ini bukan soal politik. Ini soal yang sangat berbahaya kepada negara secara keseluruhan,” katanya.

Beliau turut mengesahkan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet ketika ditanya pemberita sama ada isu berkenaan akan dibangkitkan dalam mesyuarat tersebut atau tidak.

Media sebelum ini melaporkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh membantah pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perkara itu didedahkan menerusi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan (LPWP) yang didakwa telah dinyahklasifikasikan.

Beberapa muka surat dokumen itu turut dikongsi oleh Tony Pua menerusi akaun Facebook miliknya, termasuk bahagian yang merekodkan pendirian Peguam Negara berhubung perkara berkenaan.-UTUSAN

The post Bocor maklumat rahsia kerajaan boleh jejas keselamatan negara. appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved