Pokok tumbang, tanah runtuh halang Jalan Ranau-Telupid

LocalEnvironment
7 Sep 2026 • 5:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pokok tumbang, tanah runtuh  halang Jalan Ranau-Telupid

TELUPID: Banyak kenderaan terkandas selepas beberapa batang pokok tumbang dan menghalang kedua-dua laluan di Jalan Ranau-Telupid, malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 9.04 malam ketika hujan lebat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Telupid Leftenan (PA) Sopihan Muhammad berkata pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid segera dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan serta operasi memotong dan mengalihkan pokok menggunakan peralatan khas.

Beliau berkata kejadian tanah runtuh kecil turut dilaporkan di lokasi berkenaan sekali gus menyukarkan pasukan menjalankan operasi pengalihan pokok dengan selamat.

Kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok dijalankan dengan mengutamakan aspek keselamatan bagi mengelakkan sebarang kecederaan sepanjang operasi,” katanya.

Operasi berkenaan tamat kira-kira jam 12.07 tengah malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved