
PENYANYI dan pelakon terkenal, Alif Satar berkongsi pendirian tegasnya tidak bersetuju dengan hantaran dibuat jenama penjagaan diri Indonesia, Kahf yang didakwa mencetuskan provokasi antara Malaysia dan Indonesia.
Berkongsi luahan di laman sosial Threads, pelantun lagu Cukup Indah dan Lelaki Seperti Aku itu berkata walaupun dilantik sebagai duta jenama itu di Malaysia, dia tidak bertolak ansur dengan sebarang kandungan media sosial yang merendahkan mana-mana pihak.
Jelas Alif, biarpun dilantik sebagai jenama penjagaan diri itu di Malaysia, dia menegaskan bahawa negara ini dan rakyat mesti dihormati.
"Saya sebagai rakyat Malaysia, percaya yang negara kita dan rakyat mesti dihormati.
"Prinsip saya, memang tidak pernah bersetuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara.. atau sesiapa pun," tulisnya.

Berkongsi lanjut tentang permohonan maaf jenama itu, Alif menyatakan pendirian bahawa permohonan maaf sahaja belum memadai dan kepercayaan perlu dipulihkan menerusi tindakan yang jelas.
"Saya ambil maklum permohonan maaf pihak Kahf. Namun, kepercayaan perlu dipulihkan dengan tindakan yang jelas. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, matang dan penuh rasa hormat.
"Saya percaya, dalam apa juga keadaan, kita boleh berbeza pandangan tanpa perlu merendahkan sesiapa.
“Saya percaya dalam apa jua keadaan sekali pun, kita boleh berbeza pandangan tanpa perlu merendah-rendahkan sesiapa,” kongsinya.
Jenama tersebut baru-baru ini didakwa membuat hantaran yang menyinggung perasaan rakyat Malaysia menerusi akaun rasmi milik mereka sehingga mencetuskan tindakan boikot besar-besaran di media sosial.
Gerakan pemulauan berkenaan turut memetik nama Alif Satar dipetik agar tampil memberikan penjelasan.
Sumber: Threads





