“Ambil maklum permohonan maaf, kepercayaan perlu dipulihkan” – Alif Satar Respon Isu Kahf

LocalBeauty
8 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

ft alif satar

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar menegaskan bahawa dia tidak memihak kepada mana-mana kandungan yang merendahkan negara lain. Kenyataan itu diberikan susulan kontroversi yang melibatkan produk kosmetik dari negara seberang yang sedang hangat diperdebatkan netizen baru-baru ini.

Terdahulu produk kosmetik dari Indonesia, Kahf telah membuat satu hantaran berbaur sindiran terhadap negara Malaysia yang sekaligus membuatkan ramai netizen yang menyokong produk tersebut berasa marah.

Artikel berkaitan : Isu Post ‘Beda Level’: Jenama Kahf Tampil Minta Maaf Kepada Netizen Malaysia & ASEAN 

Artikel berkaitan : Dedah Pernah Dapat Job RM50 Sehari, Alif Satar Syukur Ada Isteri Yang Memahami 

“Kepercayaan perlu dipulihkan dengan tindakan yang jelas” – Aliff Satar

Sebagai selebriti yang dipertanggungjawabkan menjadi duta bagi produk Kahf, Alif dalam kenyataannya di Threads memberitahu bahawa dia mengambil maklum terhadap permohonan maaf tersebut.

Namun, sebagai rakyat Malaysia, Alif berhadap agar pihak tersebut ‘memulihkan’ kepercayaan orang ramai dengan tindakan yang jelas dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

 

View on Threads

 

“Alif sebagai rakyat Malaysia, percaya yang negara kita dan rakyat mesti dihormati. Prinsip Alif, memang tidak pernah bersetuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara… atau sesiapa pun.”

“Alif ambil maklum permohonan maaf pihak Kahf. Namun, kepercayaan perlu dipulihkan dengan tindakan yang jelas. Alif berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, matang dan penuh rasa hormat.”

Alif juga berpandangan dalam apa juga keadaan, kita boleh berbeza pandangan tanpa perlu merendahkan sesiapa.

Sebelum ini, jenama kosmetik dari Indonesia, Kahf dikecam hebat berikutan satu hantaran yang memaparkan bendera Indonesia berada di atas garisan yang bertulis “HATI – HATI BEDA LEVEL” sambil meletakkan bendera dari negara ASEAN lain di bawah garisan tersebut.

Hantaran itu bagaimanapun telah dipadamkan berikutan kecaman yang diterima di media sosial.

Kahf bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf berhubung isu itu dan mengakui kesilapan di pihak mereka serta kandungan itu tidak mencerminkan nilai teras syarikat tersebut.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved