Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak semalam kecoh di media sosial apabila sebuah jenama penjagaan diri dari Indonesia, Kahf yang tampil membuat permohonan maaf selepas didakwa memuat naik hantaran berunsur sindiran.
Dalam satu tangkap layar jenama terbabit memuat naik imej dengan beberapa bendera negara ASEAN termasuklah Malaysia serta negara lain. Perkara itu membuatkan ramai rakyat Malaysia kurang senang memandangkan jenama terbabit juga turut memasuki pasaran di negara ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Muat Naik Posting Seolah-olah Sindir Negara Lain Termasuk Malaysia, Kahf Tampil Mohon Maaf
Alif Satar harap isu Kahf diselesaikan dengan baik
Terbaharu duta bagi jenama Kahf di Malaysia yang juga penyanyi, Alif Satar turut berharap isu melibatkan jenama penjagaan diri itu dapat diselesaikan dengan baik.
Kata Alif sebagai rakyat Malaysia, beliau percaya bahawa negara serta rakyat perlu dihormati serta tidak bersetuju dengan sebarang kandungan atau content yang merendahkan mana-mana negara mahupun individu.
Tak setuju dengan sebarang kandungan merendahkan mana-mana negara atau individu
“Prinsip Alif, memang tidak pernah bersetuju dengan kandungan yang merendahkan mana-mana negara, atau sesiapa pun.
“Alif ambil maklum permohonan maaf pihak Kahf. Namun, kepercayaan perlu dipulihkan dengan tindakan yang jelas. Alif berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik, matang dan penuh rasa hormat,” ujarnya dalam satu hantaran di Threads.
View on Threads
Malah penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku itu turut percaya dalam apa juga keadaan seseorang itu boleh mempunyai pandangan yang berbeza tanpa perlu merendahkan sesiapa.
Melihat di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia bersetuju dengan Alif Satar serta memahami situasinya sebagai duta kepada jenama berkenaan.
Namun ramai yang memilih untuk terus tidak menyokong jenama berkenaan selepas ada dakwaan mengatakan pengacara sebuah akaun yang menjual produk jenama berkenaan masih menyindir berhubung isu tersebut ketika sesi jualan secara langsung di media sosial.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan akaun berkenaan merupakan akaun rasmi jualan jenama Kahf atau ahli gabungan (affiliate partner), namun satu sticker pada atas video menyebut ia adalah Kahf affiliate partner.
View on Threads
View on Threads
Berikut komen netizen:
“Malaysia tidak memboikot untuk seminggu dan kemudian melupakannya. Apabila kami mengatakan boikot kita maksudkan boikot secara berterusan, bersama dan sehingga jenama itu belajar Malaysia boleh hidup tanpanya.”

“Maaf Alif, saya tidak sependapat dengan kamu untuk perkara ini. Mereka keterlaluan! Kami dah hilang sabar. Boikot!”

“Saya bersama Alif Satar kita adalah masyarakat yang berbudi bahasa. Apabila kesalahan diakui dan maaf dipohon, kita memilih untuk memaafkan dan tidak berdendam”

“Mesti lah minta maaf Alif. Tengok jualan dia dekat Malaysia 1.5-3 juta USD, dan Malaysia adalah export terbesar”

“Aku beli Kahf sebelm ini sebab Alif Satar dan tahu jenama Indonesia, memaafkan boleh tapi melupakan tidak sekali.”






