“Boleh buka peluang pekerjaan” – Imam Nafi Bina Hotel RM2.4 Juta Di Masjid Membazir

Entertainment
13 Mar 2024 • 1:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini, pernah tular di media sosial mengenai pihak pengurusan Masjid Al-Busyra, Merbok, Kedah yang telah membuat live TikTok dan Facebook bagi mengumpul dana pembinaan hotel berjumlah RM2.4 juta. Usaha tersebut telah meraih pujian kerana membuka peluang pengguna media sosial untuk berinfak ke jalan Allah.

Pun begitu, usaha pihak masjid yang ingin membina hotel telah dipersoal oleh segelintir orang. Mereka menganggap pembinaan hotel bernilai RM2.4 juta itu adalah suatu pembaziran.

image is not available
Sumber: sinar harian

Buka peluang pekerjaan

Pengerusi dan imam Masjid A-Busyra, Mohd Firdaus Mat Akhir menafikan cadangan pembinaan hotel di masjid tersebut adalah tindakan yang sia-sia sebaliknya ia dapat memberi manfaat kepada para musafir yang singgah di masjid itu.

Tambahnya, ia juga dapat meningkatkan ekonomi Islam kerana hotel tersebut bakal menyediakan peluang pekerjaan kepada anak kariah, lebih-lebih lagi penduduk tempat yang masih menganggur.

Dengan adanya hotel ini telah menambah satu lagi kemudahan di Masjid Al-Busyra, sebelum ini kita telah pun ada medan selera, dobi layan diri, telaga wakaf, spa muslimah, tempat gunting rambut dan cuci kereta serta lain-lain.

Ia secara tidak langsung menarik lebih ramai berkunjung ke masjid, dalam masa sama, melaksanakan tuntutan utama beribadat.

Amal jariah walaupun dah meninggal dunia

Mohd Firdaus berkata, dengan cara infak dan wakaf ini para penyumbang dapat memanfaatkan harta mereka walaupun sudah meninggal dunia. Selagi hotel tersebut beroperasi, si penyumbang akan mendapat pahala berpanjangan.

Ini salah satu cara beri pahala kepada penyumbang dengan melakukan amal kebaikan, biarpun telah meninggal dunia, namun amalan bersedekah, infak dan wakaf akan beri manfaat pahala berpanjangan selagi hotel itu beroperasi.

Inilah cara kita kembangkan dana wakaf dan infak, dalam masa sama, mampu meningkatkan ekonomi Islam secara menyeluruh.

Dengan mengembangkan lagi pelbagai kemudahan di Masjid Al-Busyra, ia dapat menjadikan masjid tersebut sebagai ‘one stop centre’ dan memberi manfaat yang menyeluruh kepada orang ramai. Jelasnya lagi, kutipan untuk pembinaan hotel tersebut sudah berjaya mencecah RM575,000.

Fuh.. min tak sabar nak tengok hotel kat masjid ni!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.