Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semalam (16 September) telah berlangsungnya program tahunan Keretapi Sarong 2026 yang menghimpunkan rakyat dari pelbagai jenis bangsa dan kaum bagi meraikan sambutan Hari Malaysia.
Memang meriah betul stesen-stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan Mass Rapid Transit (MRT) semalam.
Individu Persoal Peserta Keretapi Sarong Pakai Baju Bersimbol Dipercayai Syaitan
Namun di sebalik kemeriahan tersebut, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang individu mempersoalkan imej atau simbol yang terpapar pada baju salah seorang peserta lelaki Keretapi Sarong.
Dakwa pengguna Threads itu, lelaki yang berdiri berhadapan pentas utama acara itu sedang memakai baju dengan logo syaitan. Perkara itu sekaligus membuatkannya berasa kurang selesa.
“Aku sorang je ke yang rasa kurang selesa lelaki tu pakai baju satanic (syaitan) dekat event Keretapi Sarong?” soalnya.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kaum Hawa Teruja Keretapi Sarong 2026 Perkenal Stesen Khas Untuk Peserta Wanita 16 Sept Ini
Imej Pada Baju Peserta Kelihatan Seperti Baphomet (Entiti Rupa Syaitan)
Difahamkan imej pada baju dalam video berkenaan bergelar Baphomet.
Memetik National Geographic Indonesia, Baphomet ialah entiti berupa syaitan yang dipercayai disembah oleh Knights Templar (organisasi tentera Katolik) dan kemudiannya menjadi simbol Satanisme.
Menerusi sumber sama, susuk tubuh manusia bersama kepala kambing ini menjadi simbol ilmu ghaib, pemujaan selain melambangkan kejahatan serta syaitan.
View on Threads
‘Kalau Islam, Wajib Tegur’ – Netizen
Pemakaian baju sebegitu telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju sekiranya ia dipakai oleh peserta beragama Islam.
“Kalau dia Islam wajib tegur, sebab dah salah dan boleh terpesong akidah walaupun tanpa ada niat. Benda-benda macam ni nampak simple tapi boleh mendatangkan fitnah. Jadi kena berhati-hati dalam pemakaian kerana ia melambangkan iman dalam diri sendiri,” kata seorang lelaki.
Malah ada juga yang berkata Baphomet tidak ada mengena dengan Hari Malaysia yang sepatutnya menjadi hari istimewa memupuk semangat keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Kenapa ada Baphomet dalam program yang sepatutnya bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, ramai juga menasihati pengguna Threads yang merakam kejadian berkenaan supaya menegur individu itu sekiranya memang betul simbol pada pakaian tersebut bercanggah itu secara berdepan sekiranya ia semaman
“Tegur je bro. Benda dan simbol macam tu bukan budaya Malaysia. Mungkin ada yang akan sokong atas alasan keterbukaan, chill apa semua. Tapi lantak diorang semua,” kata seorang warganet.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-682x1024.jpg)
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-2-741x1024.jpg)
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-3-1024x367.jpg)
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-4-1019x1024.jpg)
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-5-1024x534.jpg)
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-6-1024x526.jpg)
![Image from: “Boleh Cetus Fitnah” – Peserta Keretapi Sarong Didakwa Pakai Baju Dengan ‘Simbol Syaitan’ Undang Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/09/keretapi-sarong-pakai-baju-syaitan-7-1024x766.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Jahid Sidek Dakwa Ada Unsur Syirik Dalam Taekwondo [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Sebut ‘Wahai Syeikh’ Boleh Berjalan Atas Air” – Pendakwah Kongsi Kisah Guru & Murid Raih Reaksi Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Seller Kereta Sediakan Barang Untuk Upacara ‘Blessing’ Raih Pelbagai Reaksi



