‘Peserta Keretapi Sarong tolong pakai mask, jangan bawa anak kecil’

LocalHealth & Fitness
15 Sep 2026 • 3:17 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Peserta Keretapi Sarong tolong pakai mask, jangan bawa anak kecil’

PETALING JAYA – Peserta yang bakal menyertai program Keretapi Sarong 2026 (KS26) esok, diminta mengambil langkah berjaga-jaga susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat ketika ini.

Pesanan itu disuarakan pengguna Threads @rynakuan_ yang meminta orang ramai memakai pelitup muka selain membawa bekalan air secukupnya ketika menghadiri program berkenaan.

“Besok tolonglah pakai pelitup muka yang pergi Keretapi Sarong tu. Cuaca sekarang tak sihat. Tolong jaga kesihatan.

“Sediakan air kosong banyak-banyak,” pesannya menerusi hantaran hari ini.

Menurut pengguna tersebut, keadaan yang dijangka sesak dan panas dibimbangi boleh menyebabkan peserta mengalami masalah kesihatan, termasuk pengsan terutama jika terdedah terlalu lama di kawasan terbuka.

“Dengan padatnya, dengan panasnya lagu Ya Allah. Harap-harap tak ada yang pengsan la sebab jerebu teruk,” katanya.

Dalam hantaran sama, pengguna itu turut menasihatkan ibu bapa supaya mempertimbangkan untuk tidak membawa anak kecil ke program berkenaan kerana bimbang kesan pencemaran udara terhadap kesihatan mereka.

“Baik duduk rumah jangan bawa anak, bahaya. Kesian paru-pari anak tu,” pesannya.

Pada masa sama, orang ramai turut mempersoalkan sama ada penganjuran Keretapi Sarong akan diteruskan susulan keadaan cuaca dan kualiti udara ketika ini.

“Keretapi Sarong tak postponed (tunda) ke esok?,” soal @blckxmz.

Selain isu jerebu, pengguna @rynakuan_ turut mengingatkan peserta supaya menjaga barangan peribadi masing-masing dan tidak leka ketika berada dalam kawasan yang sesak.

Penganjuran KS26 edisi ke-10 yang bakal berlangsung pada esok diperluas ke 10 bandar di seluruh negara dengan tiga lokasi baharu, iaitu Padang Besar, Langkawi dan Kuching.

Pengasas Bersama LOCCO Shamsul Bahrin Zainuzzaman sebelum ini berkata, program tahunan bersempena dengan Hari Malaysia itu akan berlangsung serentak di bandar-bandar terpilih termasuk Sungai Petani, George Town, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kuantan.

Beliau berkata bagi peserta di Lembah Klang, mereka akan berkumpul di 12 stesen permulaan terpilih sebelum bergerak bersama-sama menuju ‘destinasi rahsia’ yang merupakan identiti serta elemen kejutan acara tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Peserta Keretapi Sarong tolong pakai mask, jangan bawa anak kecil’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved