Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan

18 May 2024 • 10:57 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Usaha bagi meningkatkan keberkesanan dalam sistem pendidikan

Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan. Dilaporkan bahawa, Sarawak telah diberi kelonggaran untuk menggunakan apa-apa kaedah bagi menjadikan sistem pembelajaran di negeri ini lebih efektif dan berkesan.

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, pihak beliau turut mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan keberkesanan kaedah pengajaran di sekolah.

image is not available
Boleh Guna Apa-Apa Kaedah, Kelonggaran Diberikan Buat Sarawak Dalam Sistem Pendidikan. Sumber foto: Sinar Harian

KPM beri Sarawak buat keputusan tentang kaedah dan sistem pendidikan

Beliau berkata, hasil pertemuan itu belum dapat didedahkan memandangkan ia masih dalam proses dan perbincangan masih berlangsung.

Mungkin secara amnya saya boleh katakan tentang beberapa penurunan kuasa… Namun saya tidak memanggilnya autonomi tetapi penurunan kuasa”, kata beliau.

Jelas beliau lagi, KPM juga memberi Sarawak sedikit kebebasan dalam membuat keputusan tentang kaedah dan sistem yang ingin gunakan bagi meningkatkan keberkesanan kaedah pengajaran kita, di sini.

Oleh itu, KPM telah memberikan kerjasama dan bertanggungjawab sepanjang perbincangan ini berlangsung, tambah beliau lagi.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Diuglas Uggah Embas menyempurnakan Majlis Perasmian Bazaar Gawai 2024, di MJC Batu Kawa, di sini pada Jumaat.

image is not available

Ada banyak lagi yang akan dibincangkan

Dalam masa yang sama, Sagah berkata bahawa pihak beliau di kementerian masih mempunyai pelbagai perkara yang akan dibincangkan bersama KPM.

Kami masih mempunyai beberapa perkara lagi untuk diselesaikan dengan mereka dan beberapa perkara perlu mendapatkan persetujuan mereka juga.

“Kita mesti mendapat persetujuan mereka kerana mereka masih menjaga pendidikan jadi, jika kita mengarahkan Jabatan Pendidikan untuk bekerjasama dengan kita, ia akan menjadi lebih mudah,” ujar beliau lagi.

Lagi artikel terkini buat anda di sini: