“Boleh jadi baju hujan”- Fesyen Baju Diperbuat Dari ‘Bubble Wrap’ Jadi Perhatian

WorldEntertainment
29 Dec 2024 • 11:55 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dinafikan, dalam dunia fesyen memang ramai pereka fesyen yang suka bereksperimen dengan gaya yang lain dari yang lain untuk menarik perhatian orang ramai.

Kalau semua orang pakai fesyen sama je, mesti bosan juga kan.

Terbaru, ada sebuah jenama pakaian dari Belarus iaitu ZNWR telah mencipta kelainan apabila mereka mereka pakaian yang diperbuat daripada pembalut gelembung atau bubble wrap.

Rekaan baju itu menjadi tular apabila seorang pengguna TikTok baru-baru ini berkongsi video rekaan baju tersebut di platform TikTok.

Dapat dilihat dalam video TikTok tersebut bahawa baju itu mempunyai zip. Meninjau ke Instagram jenama pakaian ZNWR itu, terdapat dua pakaian yang direka dengan bubble wrap iaitu jaket dan gaun wanita.

image is not available

image is not available

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika baju bubble wrap ini sememangnya dijual atau ia hanya direka sekadar untuk menjadi fashion statement untuk menarik perhatian peminat fesyen semata-mata.

Mungkin baju ini direka untuk jadi baju hujan, mana la tahu kan?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.