
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Begitu cepatnya masa berlalu, hanya berbaki dua minggu sahaja lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Korban.
Buat mereka yang berkemampuan, ada yang berpeluang dan dikurniakan rezeki dengan menjalani ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Ada juga yang menjalani ibadah korban di tanah air sendiri.
Sejak belakangan ini, ibadah korban dilihat menjadi lebih mudah apabila ada yang menawarkan bayaran secara ansuran.
Namun, adakah sebenarnya dibolehkan seseorang itu menyempurnakan ibadah berkenaan dengan cara berhutang sedangkan ia digalakkan untuk mereka yang berkemampuan.
Hukum Laksana Ibadah Korban Adalah Sunat Muakkad
Baru-baru ini, penceramah dan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil menjelaskan kemusykilan di Facebook miliknya.
Menerusi hantaran itu, beliau menjelaskan hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu dituntut bagi yang berkemampuan.
“Maksud kemampuan di sini ialah seseorang yang mempunyai lebihan harta perbelanjaan untuk diri sendiri dan juga mereka yang dibawah tanggungannya dari setiap sudut seperti makanan, pakaian, tempat tinggal pada sepanjang hari raya (10 Zulhijjah) dan hari tasyrik (11,12, 13 Zulhijjah)
“Adapun jika tidak mempunyai perbelanjaan yang cukup bagi hari-hari yang disebutkan di atas, maka seseorang itu tidak dikira sebagai orang yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah korban,” jelasnya.
Beri 3 Gambaran Jenis Orang Yang Berhutang Dalam Melaksanakan Ibadah Korban
Melalui perkongsian itu juga, Ustazah Asma’ Harun memberi gambaran tiga jenis hutang yang dilakukan oleh individu dalam melaksanakan ibadah korban.
Tiga gambaran itu adalah seperti berikut:
- Berhutang dengan orang lain kemudian diganti dengan bayaran ansuran atau lump sum.
- Menggunakan pembayaran dengan kaedah ‘buy now pay later’ dimana mereka akan membayarnya semula secara ansuran kepada pihak yang terlibat
- Menggunakan kad kredit
Terangnya, setiap tuntutan ibadah yang ditetapkan oleh syarak bukanlah bertujuan untuk menyusahkan manusia.
Beliau menjelaskan fuqaha berpendapat hanya mereka yang berkemampuan sahaja dituntut untuk melakukan ibadah korban.
Tidak Digalakkan Berhutang Untuk Buat Ibadah Korban Namun Dibolehkan Jika Yakin
Bagi mereka yang kurang berkemampuan pula, tidak perlu sampai berhutang untuk melaksanakan ibadah itu sekiranya tidak mampu.
“Ini kerana dia tidak termasuk dalam golongan yang dituntut (melaksanakan ibadah korban),” jelasnya.
Namun, sekiranya seseorang itu tetap mahu menyempurnakan ibadah tersebut dengan cara berhutang maka hukumnya adalah sah disisi syarak memandangkan berkemampuan bukanlah syarat sah melakukan ibadah korban.
“Akan tetapi, hutang adalah suatu perkara yang akan membebankan diri seseorang. Bahkan, Nabi Muhammad SAW memberi ancaman kepada mereka yang berhutang, tetapi tidak melunaskannya.
“Justeru, seseorang tidak digalakkan untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban kerana Islam tidak pernah membebankan seseorang untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya.
“Pun begitu, jika seseorang itu yakin, mampu dan tidak terbeban untuk membayar hutang yang dipinjamnya, maka dibolehkan (berbuat demikian),” tulisnya.
Beliau menjelaskan perkara itu dengan turut menjadikan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai rujukan.
Nak buat ibadah korb4n tahun ni tapi tak mampu 😢 boleh ke HUTANG, bayar secara ansuran? Hukum laksana Ibadah Korb4n…
Posted by Ustazah Asma' Harun on Wednesday 14 May 2025
Baca Artikel Berkaitan: 3 Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Semasa Ibadah Qurban
Baca Artikel Berkaitan: Ini Larangan dan Amalan Sunat Yang Boleh Dilakukan Ketika Bulan Zulhijjah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Buat Perkara Sia-Sia, Merokok & Mengumpat Boleh Menyebabkan Terluput Haji Mabrur
Source:

![“Harga Kereta Murah” – Expat Dari Indonesia Dedah Kenapa Pilih Untuk Kerja Di KL [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/business-and-finance.jpeg)

![Kanak-Kanak Lupa Bawa Berus Gigi Tapi Tetap Ikut Kelas Dengan Cara Tersendiri Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
