
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui mana-mana pengguna jalan raya yang memarkir kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya bakal dikenakan tindakan seperti saman, denda atau tayar diketip (clamp).
Ini kerana tindakan individu memarkir kenderaan di kawasan tidak sepatutnya boleh mengundang kepada kemalangan, menghalang laluan dan sebagainya.
Oleh itu, ramai yang dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang disediakan untuk memudahkan semua pengguna jalan raya.
Wanita pelik kereta kena clamp walhal parkir dalam kotak
Terbaharu seorang wanita yang juga Make-Up Artis (MUA), Atty Yusof telah meluahkan rasa kurang puas hatinya apabila kereta yang diparkir di kawasan Taman Tun Dr Ismail, Selangor telah dikapit tayarnya.
Apa yang membuatkan wanita itu lebih keliru, kereta jenis Honda Hr-v itu diparkir dalam kotak namun tayar belakangnya sedikit terkeluar dari garisan kotak parkir.
Menerusi hantaran di X, Atty turut bertanya kepada orang ramai mengenai tindakan pihak berkenaan mengapit tayar keretanya.
“Weh korang tolong adakah saya salah di sini atau saya dibuli? Saya parkir senget sebab kereta sebelah saya sebelum tu parkir ke depan jadi saya tak boleh memasukinya dengan betul. Saya parkir di sini sebab nak bawa bayi saya sakit pergi klinik.
“Alih-alih sampai tengok kereta kena clamp? Dahlah tengah panas (cuaca) dengan bayi lagi. Parking attendant (penjaga kawasan parkir) kata dia rasa tak sampai hati (clamp kereta) tapi bos suruh,” dakwa Atty.
Akhirnya terpaksa bayar denda clamp RM50
Susulan itu, dia kemudian menghubungi pihak pengurusan untuk bertanya lanjut mengenai insiden itu namun gagal dipercayai kerana sedang waktu makan tengah hari.
Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan oleh Atty, jelasnya suami dan seorang lagi rakan telah datang ke tempat kejadian untuk mendapatkan penjelasan mengenai tindakan mengapit tayar kereta itu.
“Update (mengenai kejadian) tidak seperti yang kami harapkan. Kami bayar denda (clamp), ya kami bayar. Ia sangat mengecewakan. Berdasarkan apa yang suami saya cerita secara asasnya penjaga kawasan parkir kata memang isu pengurusan. Insiden ini bukan perkara baharu pada mereka.
“Malah ada yang pernah melibatkan polis, namun pihak pengurusan dilihat seperti tidak menghiraukannya. Bukan hanya itu, terdapat beberapa kes di mana penjaga kawasan parkir atau pengawal terpaksa membayar sendiri menggunakan duit poket mereka kerana insiden jadi terlalu banyak namun pihak pengurusan tidak memberikan sebarang respon,” ujarnya.
KERETA I KENA CLAMP DEKAT REPUBLIK TTDI SBB TAYAR KELUAR LINE. Weh korang tolong lah am i in the wrong here or am i being bullied??? I park senget sbb kereta sebelah i sebelum tu park kedepan so i can’t enter properly. I park sini sbb nak bawak baby i sakit g clinic. pic.twitter.com/m12XJzabSw
— Att Yusof (@attyusof) May 22, 2025
Tidak tahu kepada siapa perlu dilaporkan berhubung insiden berlaku
Ekoran daripada kejadian berlaku Atty turut menjelaskan dia tidak tahu perkara tersebut perlu dilaporkan kepada siapa memandangkan ia adalah kawasan persendirian (kawasan parkir).
Dalam hantaran itu dia juga mempersoalkan adakah dia boleh meminta bantuan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meskipun tahu ia satu kes yang remeh.
“Saya benci ia terlalu remeh tetapi saya benci lebih daripada itu kerana secara jelas ia tidak adil. Namun disebabkan ia berlaku di kawasan persendirian. Tiada siapa yang boleh melakukan apa-apa mengenainya,” jelas Atty lagi.
Dalam satu hantarannya di ruangan balas, Atty turut memaparkan resit dia membayar denda sebanyak RM50 susulan daripada tayar yang dikapit.

Peguam jelaskan mengenai undang-undang clamp tayar kereta yang parkir di dalam kotak
Sebelum ini, seorang peguam yang dikenali sebagai Gandhi, menerangkan mengenai undang-undang berkaitan mengapit tayar kereta.
“Tahukah anda pada tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa tindakan clamp (mengapit tayar) kereta dalam kotak parkir adalah tidak sah.
“Seksyen 48(2) Akta Pengangkutan Jalan menyatakan bahawa tindakan mengunci tayar kereta hanya boleh dilakukan sekiranya satu kenderaan menghalang lalu lintas atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan yang lain.
“Bagi kesalahan tidak membayar caj parkir, Seksyen 72(7) Akta Pengangkutan Jalan membenarkan denda maksimum RM300 dan bukannya clamping,” kata peguam berkenaan.
Kereta kena clamp(kunci tayar)? #tiktokguru #lawyergandhi #clamp #clamping #polis #securityguard
Ada yang minta buat laporan polis
Melihat di ruangan komen, ada yang meminta Atty untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Ada juga yang mengatakan disebabkan ia kawasan parkir di atas kawasan persendirian, ia adalah hak pihak berkenaan untuk menetapkan peraturannya.
“Peraturan adalah peraturan sebab tu kawasan parkir persendirian. Jadi ia adalah peraturan mereka dan terpulang pada mereka untuk mempunyai empati atau tidak…”

“Kalau ikut hati benda ni biasa saja, boleh dimaafkan tapi mungkin staf terlalu tegas sampai hal macam ni pun nak kena clamp”

“B*d*hnya operator parking tu. Tu dah hujung kawasan parking pun. Tak ada kereta boleh masuk sebelah itu pun. Nak tegas tapi tak berakal”




![“Trauma Wei” – Wanita Kongsi Kisah, Jumpa Katak Dalam Tomyam Di Kedai Makan Buat Ramai Geli [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
![Selepas 20 Tahun, Ahli Politik Indonesia Lawat Kedai Sate Di Kajang & Imbau Memori Kerja Part Time Di Malaysia [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)